Friday 23 December 2016

KECEWA

No comments:
Just because of you afraid to be dissapointed, it does'nt mean that you have to run from trying something that you want. Try to achieve everything that you eagerly want and prepare yourself for facing risks because you are trying. One of the risks is being disappointed.

Bismillahirrahmanirrahmin..Assalamualaikum wahai sahabat sekalian, today Squad Hijrah want to share with you about feeling dissapointed or in malay kecewa.

KECEWA :-
  • memeritkan
  • menyedihkan
  • memedihkan
  • menyakitkan
Baiklah, di atas saya telah kemukakan apa yang  akan kita rasa apabila kita kecewa atau dikecewakan. Siapa yang tidak pernah kecewa? Sedangkan nabi pun pernah merasa kecewa. Tapi saya tertanya-tanya apa yang menyebabkan kita kecewa? Kerana manusia ke kita kecewa? Pernah tak rasa kecewa terhadap diri sendiri? Kecewa apabila kita tidak melakukan segala perintah-Nya dengan sebaik-baiknya? Pernah tak?

Kecewa itu sebenarnya boleh jadi indah dan juga boleh jadi pemusnah dalam hidup kita.

-INDAH-

Kita akan rasa indah apabila kita menjadikan kekecewaan tersebut sebagai pengajaran kerana melalui pengajaran kita akan berusaha untuk tidak melakukan kesilapan yang sama lagi dan menjadi lebih bersemangat.

-PEMUSNAH-

Ia akan jadi pemusnah andai kita tak cuba untuk bangun semula daripada kekecewaan tu.

Tapi macam mana nak bangkit daripada kekecewaan itu?

Yakin...yakinlah kepada Allah bahawa setiap kekecewaan itu, pasti akan ada kebahagiaan yang menanti. Jangan biarkan kekecewaan itu membawa kita ke satu arus yang tidak diingini, iaitu arus yang menyalahkan takdir Allah atas apa yang terjadi.

Bangkitlah andai anda rasa kecewa. Tunjukkan pada insan yang mengecewakan anda itu bahawa kekecewaan anda itu mampu berganti dengan kebahagiaan. Teruslah tersenyum andai ada yang mengecewakan anda kerana sebuah senyuman mampu menabahkan hati kita. Percayalah..

           Nasihat kami kepada anda supaya :-

  • Jangan biarkan kekecewaan itu begitu sahaja
  • Jangan biarkan kekecewaan itu terpendam
Dengarkanlah ia kepada Yang Maha Esa kerana Allah sentiasa mendengar rintihan kita. Namun, apabila anda perdengarkan rintihan anda  kepada manusia, mereka tidak akan mampu melakukan apa-apa kecuali mendengar. Tapi jika anda luahkan kepada Allah, 
In Shaa Allah Dia akan balas dengan menghantarkan ketenangan dalam hati anda.



Jika rakan anda telah kecewakan anda, maka maafkanlah mereka kerana mereka juga seperti kita yang sering membuat silap. Jika anda tidak mahu memberi kemaafan kepada mereka, maka sedarlah bahawa kita di dunia ini tidak layak untuk menghukum. Maafkalah segala silap mereka kerana setiap manusia layak diberi kemaafan dan peluang. 

Jika anda kecewa kerana cinta manusia, maka kembalikanlah cinta anda kepada Yang Maha Esa kerana hanya Dia yang layak untuk terima cinta anda. Dan apabila anda berikan cinta anda kepada manusia, anda mungkin akan kecewa. Tapi jika anda berikan cinta anda kepada Allah, maka anda tidak akan kecewa kerana Dia akan membalas cinta anda dengan cinta yang agung.

Everyday is a new day and a second chance. No matter how hard the past is. You can always begin again. Nobody can go back and start a new beginning but anyone can start today and make a new ending. Don't treat people as bad as they are, treat them as good as you are. Strength is when you have so much to cry for but you prefer to smile instead. Don't let the silly little dramas of each day get you down. You are here to do great things. I know that we all really want to improve ourselves to be a better muslim. Being a good muslim is not a destination, but it's a journey. And the journey ends when we draw our last breath. Remember! The journey of a thousand miles begins with the first step.

Jangan pernah putus asa apabila kecewa dan jangan ungkit apa yang telah terjadi because I thinks there's no point dwelling on the past, and what's done is done and you should stop droning on about it. Always fight for our happiness. Happiness will never come if you are not trying. And remember that happiness can come in so many kind of ways.

Ouh ye..baru-baru ini keputusan PT3 telah diumumkan. Saya pasti ada sesetengah pelajar yang berasa kecewa kerana mungkin keputusan PT3 anda tidak mencapai sasaran yang anda inginkan.. Jangan terlalu sedih, jadikanlah keputusan tersebut sebagai galakan untuk anda buat yang lebih terbaik dalam pembelajaran akan datang.. Bersyukur kepada Allah..kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. 

Actually terlalu banyak yang boleh kita kupas mengenai kecewa. Tapi kami cuma ingin kupas basic sahaja dan berikan semangat kepada anda supaya tidak berhenti untuk berusaha. Itu sahaja daripada kami. Semoga ia mampu memberi motivasi kepada anda. Semoga kekecewaan kita pada hari ini akan memberikan semangat kepada kita untuk menghadapi hari esok. In Shaa Allah :)



Friday 16 December 2016

Maulidur Rasul

No comments:
Assalamualaikum, sahabat sekalian.



            Pada tarikh 12 Disember yang lepas  bersamaan dengan 12 Rabiul Awal merupakan salah satu tarikh penting dalam sejarah Islam. Ia merupakan hari di mana penghulu kita Nabi Muhammad SAW dilahirkan. Baginda merupakan satu rahmat dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini.. Bagindalah pemberi syafaat di hari akhirat nanti.Betapa beruntungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW..kerana antara semua nabi dan rasul baginda sahaja yang akan memberi syafaat kepada umatnya.


JUNJUNGAN MULIA-AL MIZAN


Lagu daripada kumpulan Al-Mizan ini menceritakan tentang sejarah kelahiran baginda Nabi Muhammad SAW.. 

*TAHUKAH ANDA?

            Rasulullah SAW gemar menamakan barangan peribadinya. Ini dibuktikan dalam hadis:

Ertinya:Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri, beliau berkata, "Apabila Rasulullah SAWmengenakan pakaian baharu, Baginda akan memberikan nama dengan nama dikhususkan untuknya. Tidak kiralah serban, gamis ataupun selendang."
(Riwayat al-Tirmizi)

Berikut ialah beberapa barangan milik Nabi Muhammad SAW berserta namanya yang meliputi:


JENIS HAIWAN
NAMA
UNTA
1.Al-Qaswa : digunakan untuk berhijrah
2.Al-Adhba: tidak pernah dikalahkan dalam perlumbaan
3.Al-Jada’
KUDA
1.As-Sakb: berwarna hitam
2.Al-Murtajiz : berwarna putih
3.Lizaz
4.Azh Zharib
5.Al-Lahif
KELDAI
1.Ufair/Ghufair : berwarna putih
2.Ya,fur
BAGHAL
1.Fiddah
2.Al-Ailiyyah
3.Al-Duldul : berwarna putih ,hadiah daripada Raja   Muqawqis
KUCING
Muezza : kucing peliharaan baginda



PEDANG
         1.Zulfaqar
         2.Al-Battar
         3.Al-Hatf
         4.Ar-Rasub
         5.Al-Mikhzam
GELAS
           Ar-Rayyan
BUSUR PANAH
           Dzus Sadad

Dan banyak lagi..
 Rasulullah merupakan tauladan sepanjang zaman.. Peribadi baginda yang meliputi segala aspek wajar dicontohi oleh sekalian umat. Dengan menamakan barangan peribadi kita menunjukkan bahawa kita menghargai barang tersebut di samping mengikuti salah satu sunnah baginda. Mencontohi dan mengamalkan sunnah baginda..in sha allah dapat mendekatkan baginda dengan hati kita.

Selawat dan salam ke atas baginda junjungan besar..Terima kasih ya Rasululluah atas nikmat iman dan islam..Kerinduan padamu takkan pernah terpadam ya Rasulullah.. 

Sekian sahaja entry kita buat kali ini😊

RUJUKAN
*Buku  X-Plorasi Cinta Rasul-Muhammad Luqman Makhtar

Monday 21 November 2016

Cuti...Bosannya!?

No comments:

Assalamualaikum...Mungkin terlalu awal untuk bercerita tentang cuti sekolah.. Tapi squad nk kongsikan sebab ada sesetengah sekolah yang bergilir cutinya sebab peperiksaan SPM..

Squad pasti cuti ni mesti bangun pagi tu susah punya betul tak? Sebab nk balas dendam yelah masa sekolah kena bangun awal pagi lepas solat subuh terus bersiap untuk pergi sekolah... Harapnya cuti ni subuh tu tak leburlah.. 

Inilah 4 common things dilakukan oleh pelajar apabila kebosanan melanda semasa cuti adalah:-
1. Main fon
2. Tengok tv
3. Makan
4. Tidur               
                   
Tak salah pun nak buat 4 common things tu tapi kenalah berpada-pada...di sini squad nak kongsikan aktiviti yang boleh anda lakukan sepanjang cuti sekolah

1. Sertai Kem Ibadah/Kem Motivasi

Banyak organisasi luar yang mengadakan kem-kem seperti ini. Kem-kem tersebut mampu meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang ilmu berkaitan solat, doa harian, zikir, bacaan dan hafazan Al-Quran dalam mewujudkan modal insan yang dididik mengikut ajaran agama yang sebenar. Mungkin ada sesetengah pelajar yang frust dengan result peperiksaan jadi kem motivasi adalah salah satu cara yang baik untuk mengurangkan tekanan dan dapat membantu kita untuk terus cekal dalam menghadapi cabaran dan ujian di dunia..

2. Belajar menggunakan teknologi

Jika ibu bapa berkemampuan, mintalah mereka untuk menghantar anda untuk mengikuti kelas-kelas suntingan video, pembinaan laman web, grafik, fotografi sesuai dengan minat anda. Anda dapat melatih diri anda untuk menggunakan daya imaginasi yang tinggi dam kreatif.

3. Perbaiki solat

Sebelum cuti persekolahan bermula mungkin anda kurang mempunyai masa lapang kerana sibuk dengan aktiviti sekolah jadi gunakanlah masa cuti ini untuk perbaiki semula solat anda. Perbetulkan bacaan dalam solat fardhu, fahami maksud-maksud bacaan dan hayati supaya anda lebih fokus dan
 in sha allah lebih khusyuk dalam solat. Hafazlah surah-surah lazim berserta maksudnya..

4. Melancong

Bagi mereka yang berasal daripada keluarga yang berkemampuan, keluarlah pergi bercuti dengan keluarga. Aktiviti ini memang sangat menyeronokkan dan juga dapat membuka minda anda. Selain daripada mengeratkan hubungan kekeluargaan, aktiviti ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman.

5. Belajar Kraftangan

Dalam youtube banyak video tentang hasil-hasil DIY (do it yourself) yang menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah. Ada kraftangan yang boleh digunakan untuk keperluan sekolah ha..dah dapat jimat duit jadi tak perlulah beli yang baharu hanya gunakan barang lama untuk mencipta barang bahari.. Apabila anda mencuba nanti, anda akan dapati membuat kraftangan adalah suatu aktiviti yang menyeronokkan.

6. Membaca Buku Novel/ Buku Ilmiah

Bagi mereka yang berminat dengan membaca buku, boleh juga meneruskan minat dengan membaca novel atau pun buku ilmiah. Pilihlah daripada senarai novel-novel berkualiti tinggi, supaya anda dapat juga mempelajari teknik menulis yang baik dan menambahkan pembendaharaan bahasa. Buku ilmiah seperti ensiklopedia atau buku-buku dakwah juga sangat bermanfaat untuk dihabiskan sepanjang cuti ini. Sekurang-kurangnya anda akan dapat memperolehi ilmu pengetahuan baru yang berguna.

7.  Review study

Squad pasti kebanyakkan pelajar apabila cuti tak suka buka buku terutama buku sekolah ataupun buku latihan.. Review ni penting supaya anda tak lupakan pelajaran yang telah dipelajari.. Buku-buku latihan yang tak habis tu bolehlah dihabiskan masa cuti ni..


Bila dah review study kenalah start ulang kaji untuk subjek tahun hadapan. Ini penting terutama untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti PT3 dan SPM.. Kalau malas sekalipun bacalah sikit-sikit so bila cikgu mengajar kita dah boleh faham.. At least, lagi 2 atau 3 hari nak mula sekolah tu mulalah baca buku ye..

8. Dekatkan diri dengan Maha Pencipta

Mungkin masa sekolah kita hanya melakukan ibadah wajib iaitu solat fardhu 5 kali sehari semalam. Jadi semasa cuti ni gandakanlah solat kita daripada hanya solat fardhu buatlah solat sunat seperti dhuha ke hajat ke tak lama pun at least 5 minit untuk 2 rakaat. Kemudian, daripada satu ayat al-quran sehari gandakan 1 muka surat sehari ataupun kalau mampu bacalah setiap kali selepas solat fardhu berserta terjemahannya sekali...

Sekian sahaja perkongsian pada hari ini. Squad hijrah harap anda dapat gunakan cadangan ini untuk manfaatkan cuti sekolah anda. Selamat bercuti ..😊

Sunday 13 November 2016

Misi?

No comments:
Assalamualaikum sahabat sekalian. Topik yang akan kita bincangkan pada hari ini ialah 'Misi'. Mesti ramai yang tertanya-tanya "Misi? Misi apa pula ni?" Hah misi yang kami maksudkan ialah 'Misi Hidup'.
Jom kita tambah lagi pemahaman kita berkenaan kehidupan dengan memandang lebih jauh lagi misi dan tugas hidup kita di muka bumi ini.


Kita mula bersekolah pada usia 7 tahun bagi mempelajari pelbagai jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu sains dan ilmu hisab. Kita perlukan paling kurang pun 11 tahun untuk tamatkan persekolahan yang mana 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah. Tapi proses pembelajaran kita tidak terhenti sampai situ jaa yaa.
Zaman sekarang menuntut kita untuk belajar lebih tinggi lagi. Kita perlukan 4 tahun belajar di universiti untuk mencapai sarjana muda. Ada juga segelintir pihak yang menyambung lagi pengajian sehingga mencapai peringkat sarjana dan doktor falsafah. Ada yang menghabiskan masa selama 20 tahun daripada sekolah rendah hingga mencapai peringkat doktor falsafah. Fuhh lama kan? Tapi bagi mereka yang gilakan belajar tu tak rasa apa dah. Seronok lagi ada lah. Tapi selepas tempoh masa tu, adakah misi dan tugas hidup kita akan selesai?

Tak. Belum lagi. Banyak lagi tugas yang menanti kita. Kita kena kerja dan cari nafkah untuk keluarga. Ramai yang anggap apabila mereka pencen tugas mereka pun selesai. Tugas dalam membesarkan dan mendidik anak-anak pula dianggap selesai selepas anak-anak dewasa, bekerja dan berkeluarga. Tapi, betul ke semua tugas kehidupan kita dianggap selesai selepas kita uruskan semua tu?

Emm belum juga. Orang selalu ukur kejayaan daripada aspek duniawi. Sebagai contoh, gelaran akademik disandang, jawatan yang dipegang, jumlah wang dalam bank, rumah besar dan kereta mewah. Apabila kita ukur kejayaan seseorang dengan perkara-perkara tu, macam mana dengan orang yang ada sederet gelaran akademik tapi hanya tinggal di rumah murah. Adakah mereka itu gagal dalam melaksanakan tugasnya? Macam mana pula dengan mereka yang hanya lulus sekolah rendah ataupun sama sekali tak bersekolah? Macam mana pula dengan mereka yang perlu berjuang mencari nafkah demi sesuap nasi yang hanya cukup untuk dimakan sehari? Adakah mereka pun dianggap gagal menunaikan tugas kehidupan duniawi sekaligus tugas rohani?
Hah masalah duniawi dan rohani adalah dua perkara yang berbeza. Ada sesetengah orang yang berjaya melaksanakan tugas duniawi tetapi gagal dalam tugas rohani. Apabila kita anggap tujuan hidup adalah beribadah dan mendekatkan diri kepada Tuhan, apa gunanya harta kekayaan yang kita capai sedangkan kita tidak mampu menunaikan tugas hakiki kehidupan. Apalah ertinya nama yang tercatat dalam sejarah jika kita gagal dalam melaksanakan tugas rohani.
Seperti yang dihuraikan di atas, semua cita-cita dan tujuan hidup duniawi bersifat sementara dan akan tinggal kenangan, sama seperti hidup kita. Tapi itu tak bermakna tak ada satu pun tujuan hidup yang betul dan baik. Namun, tujuan hidup yang hakiki adalah mendekatkan diri sepenuhnya kepada Tuhan kerana setiap yang hidup pasti akan mati dan kembali ke pangkuan Tuhan yang maha kuasa. Tujuan hidup seperti inilah yang memberikan manfaat, tidak hanya bagi tubuh tetapi juga bagi jiwa kita. Dengan menyedari dan melaksanakannya, In Shaa Allah, kita akan memperoleh kebahagiaan tidak hanya di dunia tetapi juga di akhirat.
Mungkin ada yang tidak sependapat dengan kami kerana mereka lebih mementingkan hal-hal duniawi yang nyata. Mereka fokuskan segala sesuatu pada yang dapat memberikan manfaat nyata di dunia ini. Untuk mereka yang berpendapat demikian, kami ingin katakan, "Kematian itu adalah sesuatu yang nyata, pasti dan real." Ia pasti menimpa semua manusia.
Dalam kita mendekatkan diri kepada Tuhan, kita tidak boleh hanya beribadah tanpa bekerja. Bekerja juga satu ibadah yaa. Di dunia ini, kita boleh menjadi ilmuwan yang terkenal, usahawan yang berjaya dan ahli politik yang ulung. Kita mesti manfaatkan setiap usaha tu sebagai sarana mendekatkan diri kepada Allah. Kita boleh menjadikan cita-cita duniawi sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Apa yang penting adalah pemahaman dan kesedaran kita untuk melaksanakannya dengan sebaik-baiknya supaya tidak tersesat jalan. Setiap kesempatan dan peluang yang ada perlu kita gunakan bagi mendekatkan diri kepada Allah.


Baiklah, itu saja daripada kami. Terima kasih sebab sudi baca walaupun entry kali ni agak panjang sikit yaa. Maaf jika ada tersalah atau terkurang. Marilah kita sama-sama berusaha untuk meraih mardhatillah dan jannah. In Shaa Allah.

Friday 4 November 2016

SPM dah Dekat?!

1 comment:


Assalamualaikum. Hari ini kami di Squad Hijrah ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan SPM yang akan tiba kurang daripada 3 hari saja lagi.

SPM merupakan peperiksaan yang perlu dihadapi oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 di seluruh Malaysia. Bagi mereka yang akan menghadapi SPM, anda tidak perlu panik. Di sini kami akan kongsikan tips yang boleh anda amalkan sebelum menghadapi SPM.

*SEHARI SEBELUM HARI PEPERIKSAAN*

1. Baca secara imbas nota ringkas, tips dan rumusan untuk subjek esok.
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat.
3. Setkan di minda anda "I Can Do It".
4. Sediakan alat tulis secukupnya dan jangan lupa bawa alat geometri jika perlu.
5. Mohon doa dan restu ibu bapa.
6. Tidur seawal pukul 9.00 malam bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang anda imbas sebentar tadi.(pastikan solat sebelum tidur bagi yang Islam)

*SEMASA HARI PEPERIKSAAN*

1. Bangun awal.
2. Lakukan solat Tahajud, Subuh dan Hajat
3. Bersiap sedia ke sekolah.
4. Bersarapan tetapi jangan terlalu berat kerana khuatir anda akan berasa mengantuk atau perut anda akan berasa tidak selesa.
5. Pastikan anda membawa :-
a) Alat-alat tulis yang telah disediakan
b) Surat lahir / kad pengenalan
c) Slip angka giliran
6. Baca surah Al-Fatihah (3x), Takbir (7x) dan Selawat (3x).
7. Salam & cium tangam ibu bapa.
8. Langkah keluar dari rumah dengan kaki kanan dan bersemangat.
9. Pergi ke sekolah lebih awal dari biasa supaya tidak tergesa-gesa.

*SEMASA TIBA DI SEKOLAH*

1. Duduk di tempat yang tenang dan baca secara imbas nota ringkas, tips dan rumusan subjek yang akan dijawab.
2. Tarik nafas dan tenangkan diri serta minda.
3. Baca surah Al-Fatihah (3x), Takbir (7x), Doa Penerang Hati (1x) dan Selawat (3x)

*DALAM DEWAN PEPERIKSAAN*

1. Duduk dengan selesa dan yakin pada Allah.
2. Baca Doa Penerang Hati dan Doa Tidak Lupa.
3. Sebelum buka kertas soalan, baca doa dan surah Al-Fatihah.
4. Sekiranya terlupa tentang sesuatu, berselawatlah. Semoga Allah ingatkan kembali dan permudahkan urusan anda.

*SELEPAS PEPERIKSAAN*

1. Jangan bincang kertas soalan dengan rakan anda.
2. Berserah diri kepada Allah.

Jika anda berasa bahawa anda tidak dapat menjawab soalan dengan baik, jangan risau dan lupakan dahulu tentang itu. Fokus untuk ujian yang seterusnya. Jangan bebankan fikiran anda.

Jika keputusan SPM anda tidak capai sasaran, jangan bersedih kerana masih banyak lagi ujian yang perlu anda hadapi. Jangan disebabkan itu anda terus hilang semangat untuk hidup. SPM hanyalah platform untuk anda menuju kejayaan. Di luar sana ramai yang berjaya tetapi SPM mereka biasa sahaja. Yang penting adalah USAHA!

Kami di Squad Hijrah akan sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. In Shaa Allah.

Thursday 3 November 2016

Syukur...nikmat

No comments:




Assalamualaikum, lama sungguh kami tidak 'post' sebarang artikel

Untuk itu, kami memohon maaf.

Kali ini squad hijrah ingin berkongsi tentang nikmat. Sebenarnya banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita tanpa kita sedar. Ok sebelum tu nikmat tu apa ye? 

  • Nikmat merupakan segala bentuk kesenangan, keperluan dan keselesaan yang diterima oleh seseorang. 
Antara nikmat kurniaan-Nya adalah:-

1. Nikmat Fitriyah
Iaitu nikmat yang ada pada anggota tubuh kita. Ada manusia yang dijadikan sempurna tubuh badannya ada yang tidak sempurna tubuh badannya. Maka kita hendaklah menghargai nikmat tersebut dengan melakukan perkara yang berfaedah dan elakkan daripada melakukan perkaran yang boleh membawa kepada dosa.

2. Nikmat Alamah
Iaitu nikmat alam sekitar. Misalnya seperti air, udara , tanah dan lain-lain. Adanya udara membantu kita untuk bernafas. Adanya air membolehkan kita membersihkan badan dan untuk keperluan harian. Adanya tanah membolehkan kita bercucuk tanam. Sebagai manusia dan hamba Allah kita perlulah menghargai nikmat ini dengan tidak mencemarkannya.

3. Nikmat Keamanan
Alhamdulillah di Malaysia, kita aman. Apa yang amannya. Di negara lain masih ada negara yang berperang mempertahankan negara mereka. Di Palestin misalnya mereka berjihad mempertahankan negara dan agama Islam tanpa jemu dan lelah. Sepatutnya kanak-kanak bersekolah tetapi di sana mereka berjuang kerana sekolah mereka dimusnahkan. Nikmat keamanan yang ada di negara kita ini, kanak-kanak dapat pergi ke sekolah untuk menuntut. 

4. Nikmat kesihatan. 
Tubuh badan yang sihat bermaksud bebas daripada penyakit. Kita dapat melakukan aktiviti harian dengan baik... Beribadah pun senang.

Dan banyak lagi nikmat lain....

Cara mensyukuri nikmat Allah. Ada 3 cara..
Pertama
○ Dengan hati
Yakinkan diri bahawa nikmat itu datangnya daripada Allah

Kedua
○ Dengan lisan
Melafazkan tahmid iaitu Alhamdulillah.. Memuji Allah kerana memberikan nikmat.

Ketiga

Dengan perbuatan 
Berkongsi nikmat dengan orang lain. Membalas nikmat Allah dengan melakukan ibadah kepada-Nya.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga Allah menjadikan kita hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dan menghargai nikmatnya.

�➡➡↙

Saturday 18 June 2016

7 SUNNAH HEBAT

No comments:

Assalamualaikum, hari ini squad hijrah ingin berkongsi tentang 7 sunnah hebat yang dikongsikan oleh Ustaz Don Daniyal.


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas.Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari daripada melakukan kesilapan... dan mujurlah Allah sentiasa membuka pintu taubat buat hamba-Nya, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi Muhammad SAW itu adalah:


PERTAMA

  • TAHAJJUD
kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

KEDUA

  • MEMBACA AL-QUR'AN
sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3 Qul, ataupun ayat kursi.

KETIGA

  • MASJID
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid.

KEEMPAT
  • SOLAT DHUHA
Jaga solat dhuha kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

KELIMA


  • BERSEDEKAH
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

KEENAM

  • BERWUDHU

Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyanyangi hamba yang berwudhu'. Kata khalifah Ali bin Abi Talib, " Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua dosa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah."

KETUJUH

  •  ISTIGFAR
Amalkan istigfar setiap saat. Dengan istigfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Semoga perkongsian di atas dapat memberi manfaat kepada kita semua.....



Tuesday 7 June 2016

DOSA DAN AZAB

No comments:

Assalamualaikum semua. Kali ini Squad Hijrah ingin berkongsi serba sedikit mengenai dosa dan azab yang telah kami paparkan di Rumah Taubat 3.0 pada 28 Mei 2016 bertempat di SMK Bandar Tasik Puteri.






APA ITU DOSA?

 

Abu Ishaq as-Syaerozi – ulama syafiiyah – (w 476 H) menyatakan,
lelaki dan perempuan berdua-duaan

Dosa pada dasarnya bukanlah suatu yang bersifat pasif, seperti: kelemahan, kesalahan atau ketidaksempurnaan. Dosa merupakan suatu permusuhan yang aktif terhadap Tuhan dan secara aktif melanggar hukum atau perintah Tuhan (1 Yohanes 3:4), sehingga menyebabkan kesalahan, kelemahan.





APA ITU AZAB?


   

... Di dalam neraka tersebut para penghuninya akan di siksa dengan azab
azab di akhirat

      

Azab adalah suatu kemurkaan Allah akibat pelanggaran yang dilakukan manusia iaitu pelanggaran sunnatullah di alam semesta dan pelanggaran syariat Allah yang diturunkan kepada para Nabi dan Rasul-Nya, termasuk Nabi Muhammad SAW.[5]


1) Meninggalkan Solat :
   
... miss kecoh : balasan untuk orang meninggalkan solat dengan sengaja

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tidak lain selain menggigit orang-orang yang tidak menunaikan solat semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit dan begitulah seterusnya.

 2) Berzina

    
... di jahannam di mana para pezina disiksa di dalamnya.” [Lihat Tafsir
    













1. Kemaluan mereka akan digantung di neraka dan diseksa dengan cambuk besi.
2. Allah akan melihat kepadanya dengan pandangan kemurkaan, yang menyebabkan mukanya akan       menjadi hitam.
3. Dia akan ditarik mukanya dengan rantai ke neraka (api) yang paling besar.
4. Kiraan amalannya akan dilakukan dengan teliti dan ketat.


3) Syirik

     Dosa Dosa Besar dalam Islam | Ajaran Islam 
   

1. Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan                    Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga     dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72) 

2. Rasulullah SAW dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati-hati dan     menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh sahabat apakah yang dimaksudkan dengan             syirik kecil itu. Maka Rasulullah menjawab, syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak dalam     beramal.


Sanggupkah kita menahan panasnya api neraka dan azab-azab ALLAH? ALLAHURABBI, aku mohon keampunan darimu Ya ALLAH...
  








Monday 2 May 2016

3 Rahsia Allah

No comments:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semoga anda berada dalam keadaan sihat dan berada di bawah lindunganNya. Hari ini Squad Hijrah ingin berkongsi tentang '3 RAHSIA ALLAH'. Kehidupan kita sebagai makhluk...tidak semua Allah curahkan pengetahuanNya kepada kita, ada yang dirahsiakan. Setiap rahsia itu pasti ada hikmahnya yang tersendiri.

Apakah rahsia itu?

1. Jodoh

Tiada siapapun yang tahu siapa jodoh kita, dari mana dia, tinggi atau rendah. Semakin dalam kita memikirkan tentang jodoh kita, semakin pening dan lostlah kita mungkin juga boleh frust. Jodoh adalah rahsia Allah yang ditutup rapat-rapat. Jika kita menginginkan jodoh yang baik, soleh atau solehah kitalah yang perlulah jadi baik, soleh atau solehah terlebih dahulu kerana lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik begitulah juga sebaliknya. Jadi kita perlulah sentiasa banyakkan doa dan yakin bahawa Allah akan memberikan jodoh yang terbaik untuk kita. Sedekahkanlah al-fatihah dan doa yang terbaik buat bakal jodoh kita walau kita tidak tahu siapa kah gerangan yang bakal menjadi jodoh kita kelak.

Kenapa Allah rahsiakan?

Sebab kalau kita tahu siapa jodoh kita awal-awal, kita mungkin akan tolak, tak suka, tak nak dan sebagainya. Allah mahu hambaNya berusaha mencari pasangan hidup, dalam pencarian itu pasti ada liku-likunya. Mungin kita akan jumpa jodoh yang salah dahulu daripada situlah kita akan belajar untuk perbaiki kesilapan dan jadi lebih baik.

2. Rezeki

Rezeki Allah itu sangat luas tetapi menjadi rahsia. Ada orang yang kurang sempurna tubuh badannya tetapi boleh buat banyak kerja. Ada pula orang yang sempurna tubuh badannya tetapi satu kerja pun tak boleh buat. Contoh bagi seorang pelajar pula, ada sahabat kita yang fokus dalam kelas, buat ulang kaji tapi keputusannya suam-suam kuku saja. Ada pula sahabat kita yang kurang fokus dalam kelas tapi keputusannya hebat. Rezeki kita, Allah yang tentukan. Yakinlah, orang yang berusaha tanpa putus asa, pasti berjaya. Hidup susah itu bukan selamanya. Orang yang bijaksana belajar daripada kesilapan. Orang yang bersyukur tenang hatinya. Rezeki itu rahsia Allah. Apa yang kita dapat hari ini adalah yang terbaik daripadaNya untuk kita.

Janganlah bandingkan atau lihat diri kita dengan orang yang lebih bernasib baik daripada kita tetapi lihat dan bandingkanlah diri kita dengan orang yang kurang bernasib baik daripada kita agar kita sentiasa bersyukur. Salah satu cara untuk menjemput rezeki adalah dengan bersedekah.

3. Ajal maut

Sakit bukanlah faktor utama seseorang itu meninggal dunia. Ada orang yang sihat tubuh badan, cergas tetapi meninggal dalam tidur. Ada pula orang yang sakit kronik, tapi dengan izinNya dia masih hidup bertahun-tahun. Kanak-kanak kecil lagi sudah meninggal dunia juga kita biasa dengar. Ingatlah bahawa setiap yang hidup itu pasti akan merasai mati. Janganlah terlalu yakin bahawa 1 saat selepas ini kita akan hidup kerana mati itu tidak akan terlambat atau tercepat walau 1 saat. Memikirkan kematian dan dosa saja boleh membuatkan kita insaf kerana syurga dan neraka itu benar. Oleh itu, kita perlulah berusaha untuk menjaga kesihatan kita dan beribadat kepadaNya dengan bersungguh-sungguh selagi hayat di kandung badan.

Kehidupan yang dipinjamkan Allah untuk sementara waktu ini hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin kerana pastinya ajal akan menjemput di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Semoga kita semua diberikan pengakhiran  yang terbaik di akhirat kelak.

Thursday 7 April 2016

Art Of Sunnah 2.0

No comments:

Program Art Of Sunnah pada 2 April 2016 telah mencatatkan sejarah. Dalam kertas kerja kita mensasarkan 150 peserta, tetapi menerima sehingga 250 borang penyertaan. Pada waktu pendaftaran seramai 280 orang terdaftar semuanya sehingga terpaksa menambah tempahan makanan. Alhamdulillah syukur Ya Allah atas segala nikmat kurniaanMu. Sedikit sebanyak objektif untuk menanam kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. tercapai melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Wednesday 6 April 2016

Kala Jengking Neraka

No comments:

Assalamualaikum,dan selamat sejahtera kami ucapkan.Anda apa khabar?Kami harap anda sentiasa sihat dan berada di bawah lindungan Yang Maha Esa.

Hari ini,Squad Hijrah ingin berkongsi mengenai 'Kala Jengking Neraka'.Mari kita baca siapakah mereka..

 
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari? 

"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang:-

👉Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
👉Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
👉Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
👉Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
👉Kelima, orang yang suka minum arak."

Jadi,marilah kita bersama-sama berusaha untuk tidak menjadi golongan tersebut.In Shaa Allah.

RUJUKAN🏻: http://tazkirah.yolasite.com/tazkirah.php

Tuesday 29 March 2016

Art Of Sunnah

No comments:







Program terbaru Squad Hijrah - Art Of Sunnah. Utk melahirkan generasi yang mencintai Rasulullah dan menjadikan Baginda sebagai idola. Squad Hijrah menerima permintaan dari murid sek ren untuk menyertai jadi kita alu-alukan murid tahun 6. Ustaz Izham atau Abi akan menjadi speaker kita. Jom join








Monday 22 February 2016

 
back to top