Assalamualaikum semua. Kali ini Squad Hijrah ingin berkongsi serba sedikit mengenai dosa dan azab yang telah kami paparkan di Rumah Taubat 3.0 pada 28 Mei 2016 bertempat di SMK Bandar Tasik Puteri.
APA ITU DOSA?
lelaki dan perempuan berdua-duaan |
Dosa pada dasarnya bukanlah suatu yang bersifat pasif, seperti: kelemahan, kesalahan atau ketidaksempurnaan. Dosa merupakan suatu permusuhan yang aktif terhadap Tuhan dan secara aktif melanggar hukum atau perintah Tuhan (1 Yohanes 3:4), sehingga menyebabkan kesalahan, kelemahan.
APA ITU AZAB?
azab di akhirat |
Azab adalah suatu kemurkaan Allah akibat pelanggaran yang dilakukan manusia iaitu pelanggaran sunnatullah di alam semesta dan pelanggaran syariat Allah yang diturunkan kepada para Nabi dan Rasul-Nya, termasuk Nabi Muhammad SAW.[5]
1) Meninggalkan Solat :
Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tidak lain selain menggigit orang-orang yang tidak menunaikan solat semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit dan begitulah seterusnya.
2) Berzina
1. Kemaluan mereka akan digantung di neraka dan diseksa dengan cambuk besi.
2. Allah akan melihat kepadanya dengan pandangan kemurkaan, yang menyebabkan mukanya akan menjadi hitam.
3. Dia akan ditarik mukanya dengan rantai ke neraka (api) yang paling besar.
4. Kiraan amalannya akan dilakukan dengan teliti dan ketat.
3) Syirik
1. Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)
2. Rasulullah SAW dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati-hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu. Maka Rasulullah menjawab, syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak dalam beramal.
Sanggupkah kita menahan panasnya api neraka dan azab-azab ALLAH? ALLAHURABBI, aku mohon keampunan darimu Ya ALLAH...
No comments:
Post a Comment