Sunday 13 November 2016

Misi?

No comments:
Assalamualaikum sahabat sekalian. Topik yang akan kita bincangkan pada hari ini ialah 'Misi'. Mesti ramai yang tertanya-tanya "Misi? Misi apa pula ni?" Hah misi yang kami maksudkan ialah 'Misi Hidup'.
Jom kita tambah lagi pemahaman kita berkenaan kehidupan dengan memandang lebih jauh lagi misi dan tugas hidup kita di muka bumi ini.


Kita mula bersekolah pada usia 7 tahun bagi mempelajari pelbagai jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu sains dan ilmu hisab. Kita perlukan paling kurang pun 11 tahun untuk tamatkan persekolahan yang mana 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah. Tapi proses pembelajaran kita tidak terhenti sampai situ jaa yaa.
Zaman sekarang menuntut kita untuk belajar lebih tinggi lagi. Kita perlukan 4 tahun belajar di universiti untuk mencapai sarjana muda. Ada juga segelintir pihak yang menyambung lagi pengajian sehingga mencapai peringkat sarjana dan doktor falsafah. Ada yang menghabiskan masa selama 20 tahun daripada sekolah rendah hingga mencapai peringkat doktor falsafah. Fuhh lama kan? Tapi bagi mereka yang gilakan belajar tu tak rasa apa dah. Seronok lagi ada lah. Tapi selepas tempoh masa tu, adakah misi dan tugas hidup kita akan selesai?

Tak. Belum lagi. Banyak lagi tugas yang menanti kita. Kita kena kerja dan cari nafkah untuk keluarga. Ramai yang anggap apabila mereka pencen tugas mereka pun selesai. Tugas dalam membesarkan dan mendidik anak-anak pula dianggap selesai selepas anak-anak dewasa, bekerja dan berkeluarga. Tapi, betul ke semua tugas kehidupan kita dianggap selesai selepas kita uruskan semua tu?

Emm belum juga. Orang selalu ukur kejayaan daripada aspek duniawi. Sebagai contoh, gelaran akademik disandang, jawatan yang dipegang, jumlah wang dalam bank, rumah besar dan kereta mewah. Apabila kita ukur kejayaan seseorang dengan perkara-perkara tu, macam mana dengan orang yang ada sederet gelaran akademik tapi hanya tinggal di rumah murah. Adakah mereka itu gagal dalam melaksanakan tugasnya? Macam mana pula dengan mereka yang hanya lulus sekolah rendah ataupun sama sekali tak bersekolah? Macam mana pula dengan mereka yang perlu berjuang mencari nafkah demi sesuap nasi yang hanya cukup untuk dimakan sehari? Adakah mereka pun dianggap gagal menunaikan tugas kehidupan duniawi sekaligus tugas rohani?
Hah masalah duniawi dan rohani adalah dua perkara yang berbeza. Ada sesetengah orang yang berjaya melaksanakan tugas duniawi tetapi gagal dalam tugas rohani. Apabila kita anggap tujuan hidup adalah beribadah dan mendekatkan diri kepada Tuhan, apa gunanya harta kekayaan yang kita capai sedangkan kita tidak mampu menunaikan tugas hakiki kehidupan. Apalah ertinya nama yang tercatat dalam sejarah jika kita gagal dalam melaksanakan tugas rohani.
Seperti yang dihuraikan di atas, semua cita-cita dan tujuan hidup duniawi bersifat sementara dan akan tinggal kenangan, sama seperti hidup kita. Tapi itu tak bermakna tak ada satu pun tujuan hidup yang betul dan baik. Namun, tujuan hidup yang hakiki adalah mendekatkan diri sepenuhnya kepada Tuhan kerana setiap yang hidup pasti akan mati dan kembali ke pangkuan Tuhan yang maha kuasa. Tujuan hidup seperti inilah yang memberikan manfaat, tidak hanya bagi tubuh tetapi juga bagi jiwa kita. Dengan menyedari dan melaksanakannya, In Shaa Allah, kita akan memperoleh kebahagiaan tidak hanya di dunia tetapi juga di akhirat.
Mungkin ada yang tidak sependapat dengan kami kerana mereka lebih mementingkan hal-hal duniawi yang nyata. Mereka fokuskan segala sesuatu pada yang dapat memberikan manfaat nyata di dunia ini. Untuk mereka yang berpendapat demikian, kami ingin katakan, "Kematian itu adalah sesuatu yang nyata, pasti dan real." Ia pasti menimpa semua manusia.
Dalam kita mendekatkan diri kepada Tuhan, kita tidak boleh hanya beribadah tanpa bekerja. Bekerja juga satu ibadah yaa. Di dunia ini, kita boleh menjadi ilmuwan yang terkenal, usahawan yang berjaya dan ahli politik yang ulung. Kita mesti manfaatkan setiap usaha tu sebagai sarana mendekatkan diri kepada Allah. Kita boleh menjadikan cita-cita duniawi sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Apa yang penting adalah pemahaman dan kesedaran kita untuk melaksanakannya dengan sebaik-baiknya supaya tidak tersesat jalan. Setiap kesempatan dan peluang yang ada perlu kita gunakan bagi mendekatkan diri kepada Allah.


Baiklah, itu saja daripada kami. Terima kasih sebab sudi baca walaupun entry kali ni agak panjang sikit yaa. Maaf jika ada tersalah atau terkurang. Marilah kita sama-sama berusaha untuk meraih mardhatillah dan jannah. In Shaa Allah.

No comments:

Post a Comment

 
back to top