Monday 18 May 2015

Portal Squad Hijrah LRK 2015

1 comment:
Portal Squad Hijrah


Portal Squad Hijrah telah dibangunkan pada tahun 2015 bersama moto Pencetus Revolusi Ummah! . Baru-baru ini kami telah menyertai pertandingan Liga Remaja Kreatif 2015 #LRK2015. Pada awalnya kami hendak membangunkan portal ini bagi memperkasakan lagi empayar Squad Hijrah di dalam alam maya. Hasil Musyawarah dan pandangan guru-guru kami. Cikgu Azme mencadangkan kepada kami agar menyertai pertandingan yang berprestij ini. Setelah berfikir sejenak kami mengambil cadangan itu sebagai satu cabaran kerana kami tidak menganggap pertandingan ini bukan suatu yang enteng kerana pertandingan ini melibatkan semua pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia seperti yang diuar-uarkan. 



Tema 'Inovasi Jalur Lebar Gaya Hidup Digital Malaysia' menjadi taruhan. Kami nekad membuat sehabis baik bagi membangunkan portal ini. Mutakhir ini, dapat kita lihat inovasi jalur lebar kian berkembang ,gaya hidup digital Malaysia semakin maju. Namun demikian, kekangan negatif juga timbul melalui jalur lebar yang menjadi gaya hidup digital Malaysia menyebabkan kita kebejatan moral. Rentetan itu, kami membangunkan portal ini sebagai wadah yang membina duniawi dan ukhrawi anda bagi membawa anda ke arah tahap gaya hidup digital yang baharu.Insya-Allah.

Mengenai kami, kami sedang menuntut ilmu di SMK Bandar Tasik Puteri,Rawang Selangor. Guru yang membimbing kami adalah Puan Yuhaida binti Yusof. Beliau perintis Squad Hijrah the main idea. Seperti syarat pertandingan kami terdiri daripada 4 orang dalam satu kumpulan. Kebetulan kami berempat memegang jawatan sebagai AJK Promosi dan AJK Media Sosial. Berteraskan konsep KLIK DENGAN HIKMAH!. Kami:-

Muhammad Muzzammil


Wan Muhammad ZulAzhan


Izz Fahman





 Amirul Affan








Ini adalah video promosi kami yang memakan masa selama tiga minggu menunjukkan kami komited untuk #LRK2015. Inspirasi oleh TH Filem. saksikan video TH Filem Di Youtube.Enjoy~ video kami KLIK DENGAN HIKMAH!





Akhir Kalam, doakan kejayaan kami Dunia dan Akhirat.

1 comment:

  1. Wahhh.. hebat nih! Saya doakan kejayaan web portal nih untuk pertandingan tersebut. Tahniah!!

    ReplyDelete

 
back to top