Friday 4 November 2016

SPM dah Dekat?!

1 comment:


Assalamualaikum. Hari ini kami di Squad Hijrah ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan SPM yang akan tiba kurang daripada 3 hari saja lagi.

SPM merupakan peperiksaan yang perlu dihadapi oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 di seluruh Malaysia. Bagi mereka yang akan menghadapi SPM, anda tidak perlu panik. Di sini kami akan kongsikan tips yang boleh anda amalkan sebelum menghadapi SPM.

*SEHARI SEBELUM HARI PEPERIKSAAN*

1. Baca secara imbas nota ringkas, tips dan rumusan untuk subjek esok.
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat.
3. Setkan di minda anda "I Can Do It".
4. Sediakan alat tulis secukupnya dan jangan lupa bawa alat geometri jika perlu.
5. Mohon doa dan restu ibu bapa.
6. Tidur seawal pukul 9.00 malam bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang anda imbas sebentar tadi.(pastikan solat sebelum tidur bagi yang Islam)

*SEMASA HARI PEPERIKSAAN*

1. Bangun awal.
2. Lakukan solat Tahajud, Subuh dan Hajat
3. Bersiap sedia ke sekolah.
4. Bersarapan tetapi jangan terlalu berat kerana khuatir anda akan berasa mengantuk atau perut anda akan berasa tidak selesa.
5. Pastikan anda membawa :-
a) Alat-alat tulis yang telah disediakan
b) Surat lahir / kad pengenalan
c) Slip angka giliran
6. Baca surah Al-Fatihah (3x), Takbir (7x) dan Selawat (3x).
7. Salam & cium tangam ibu bapa.
8. Langkah keluar dari rumah dengan kaki kanan dan bersemangat.
9. Pergi ke sekolah lebih awal dari biasa supaya tidak tergesa-gesa.

*SEMASA TIBA DI SEKOLAH*

1. Duduk di tempat yang tenang dan baca secara imbas nota ringkas, tips dan rumusan subjek yang akan dijawab.
2. Tarik nafas dan tenangkan diri serta minda.
3. Baca surah Al-Fatihah (3x), Takbir (7x), Doa Penerang Hati (1x) dan Selawat (3x)

*DALAM DEWAN PEPERIKSAAN*

1. Duduk dengan selesa dan yakin pada Allah.
2. Baca Doa Penerang Hati dan Doa Tidak Lupa.
3. Sebelum buka kertas soalan, baca doa dan surah Al-Fatihah.
4. Sekiranya terlupa tentang sesuatu, berselawatlah. Semoga Allah ingatkan kembali dan permudahkan urusan anda.

*SELEPAS PEPERIKSAAN*

1. Jangan bincang kertas soalan dengan rakan anda.
2. Berserah diri kepada Allah.

Jika anda berasa bahawa anda tidak dapat menjawab soalan dengan baik, jangan risau dan lupakan dahulu tentang itu. Fokus untuk ujian yang seterusnya. Jangan bebankan fikiran anda.

Jika keputusan SPM anda tidak capai sasaran, jangan bersedih kerana masih banyak lagi ujian yang perlu anda hadapi. Jangan disebabkan itu anda terus hilang semangat untuk hidup. SPM hanyalah platform untuk anda menuju kejayaan. Di luar sana ramai yang berjaya tetapi SPM mereka biasa sahaja. Yang penting adalah USAHA!

Kami di Squad Hijrah akan sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. In Shaa Allah.

1 comment:

 
back to top