Monday 21 November 2016

Cuti...Bosannya!?

No comments:

Assalamualaikum...Mungkin terlalu awal untuk bercerita tentang cuti sekolah.. Tapi squad nk kongsikan sebab ada sesetengah sekolah yang bergilir cutinya sebab peperiksaan SPM..

Squad pasti cuti ni mesti bangun pagi tu susah punya betul tak? Sebab nk balas dendam yelah masa sekolah kena bangun awal pagi lepas solat subuh terus bersiap untuk pergi sekolah... Harapnya cuti ni subuh tu tak leburlah.. 

Inilah 4 common things dilakukan oleh pelajar apabila kebosanan melanda semasa cuti adalah:-
1. Main fon
2. Tengok tv
3. Makan
4. Tidur               
                   
Tak salah pun nak buat 4 common things tu tapi kenalah berpada-pada...di sini squad nak kongsikan aktiviti yang boleh anda lakukan sepanjang cuti sekolah

1. Sertai Kem Ibadah/Kem Motivasi

Banyak organisasi luar yang mengadakan kem-kem seperti ini. Kem-kem tersebut mampu meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang ilmu berkaitan solat, doa harian, zikir, bacaan dan hafazan Al-Quran dalam mewujudkan modal insan yang dididik mengikut ajaran agama yang sebenar. Mungkin ada sesetengah pelajar yang frust dengan result peperiksaan jadi kem motivasi adalah salah satu cara yang baik untuk mengurangkan tekanan dan dapat membantu kita untuk terus cekal dalam menghadapi cabaran dan ujian di dunia..

2. Belajar menggunakan teknologi

Jika ibu bapa berkemampuan, mintalah mereka untuk menghantar anda untuk mengikuti kelas-kelas suntingan video, pembinaan laman web, grafik, fotografi sesuai dengan minat anda. Anda dapat melatih diri anda untuk menggunakan daya imaginasi yang tinggi dam kreatif.

3. Perbaiki solat

Sebelum cuti persekolahan bermula mungkin anda kurang mempunyai masa lapang kerana sibuk dengan aktiviti sekolah jadi gunakanlah masa cuti ini untuk perbaiki semula solat anda. Perbetulkan bacaan dalam solat fardhu, fahami maksud-maksud bacaan dan hayati supaya anda lebih fokus dan
 in sha allah lebih khusyuk dalam solat. Hafazlah surah-surah lazim berserta maksudnya..

4. Melancong

Bagi mereka yang berasal daripada keluarga yang berkemampuan, keluarlah pergi bercuti dengan keluarga. Aktiviti ini memang sangat menyeronokkan dan juga dapat membuka minda anda. Selain daripada mengeratkan hubungan kekeluargaan, aktiviti ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman.

5. Belajar Kraftangan

Dalam youtube banyak video tentang hasil-hasil DIY (do it yourself) yang menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah. Ada kraftangan yang boleh digunakan untuk keperluan sekolah ha..dah dapat jimat duit jadi tak perlulah beli yang baharu hanya gunakan barang lama untuk mencipta barang bahari.. Apabila anda mencuba nanti, anda akan dapati membuat kraftangan adalah suatu aktiviti yang menyeronokkan.

6. Membaca Buku Novel/ Buku Ilmiah

Bagi mereka yang berminat dengan membaca buku, boleh juga meneruskan minat dengan membaca novel atau pun buku ilmiah. Pilihlah daripada senarai novel-novel berkualiti tinggi, supaya anda dapat juga mempelajari teknik menulis yang baik dan menambahkan pembendaharaan bahasa. Buku ilmiah seperti ensiklopedia atau buku-buku dakwah juga sangat bermanfaat untuk dihabiskan sepanjang cuti ini. Sekurang-kurangnya anda akan dapat memperolehi ilmu pengetahuan baru yang berguna.

7.  Review study

Squad pasti kebanyakkan pelajar apabila cuti tak suka buka buku terutama buku sekolah ataupun buku latihan.. Review ni penting supaya anda tak lupakan pelajaran yang telah dipelajari.. Buku-buku latihan yang tak habis tu bolehlah dihabiskan masa cuti ni..


Bila dah review study kenalah start ulang kaji untuk subjek tahun hadapan. Ini penting terutama untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti PT3 dan SPM.. Kalau malas sekalipun bacalah sikit-sikit so bila cikgu mengajar kita dah boleh faham.. At least, lagi 2 atau 3 hari nak mula sekolah tu mulalah baca buku ye..

8. Dekatkan diri dengan Maha Pencipta

Mungkin masa sekolah kita hanya melakukan ibadah wajib iaitu solat fardhu 5 kali sehari semalam. Jadi semasa cuti ni gandakanlah solat kita daripada hanya solat fardhu buatlah solat sunat seperti dhuha ke hajat ke tak lama pun at least 5 minit untuk 2 rakaat. Kemudian, daripada satu ayat al-quran sehari gandakan 1 muka surat sehari ataupun kalau mampu bacalah setiap kali selepas solat fardhu berserta terjemahannya sekali...

Sekian sahaja perkongsian pada hari ini. Squad hijrah harap anda dapat gunakan cadangan ini untuk manfaatkan cuti sekolah anda. Selamat bercuti ..😊

No comments:

Post a Comment

 
back to top