Monday 21 November 2016

Cuti...Bosannya!?

No comments:

Assalamualaikum...Mungkin terlalu awal untuk bercerita tentang cuti sekolah.. Tapi squad nk kongsikan sebab ada sesetengah sekolah yang bergilir cutinya sebab peperiksaan SPM..

Squad pasti cuti ni mesti bangun pagi tu susah punya betul tak? Sebab nk balas dendam yelah masa sekolah kena bangun awal pagi lepas solat subuh terus bersiap untuk pergi sekolah... Harapnya cuti ni subuh tu tak leburlah.. 

Inilah 4 common things dilakukan oleh pelajar apabila kebosanan melanda semasa cuti adalah:-
1. Main fon
2. Tengok tv
3. Makan
4. Tidur               
                   
Tak salah pun nak buat 4 common things tu tapi kenalah berpada-pada...di sini squad nak kongsikan aktiviti yang boleh anda lakukan sepanjang cuti sekolah

1. Sertai Kem Ibadah/Kem Motivasi

Banyak organisasi luar yang mengadakan kem-kem seperti ini. Kem-kem tersebut mampu meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang ilmu berkaitan solat, doa harian, zikir, bacaan dan hafazan Al-Quran dalam mewujudkan modal insan yang dididik mengikut ajaran agama yang sebenar. Mungkin ada sesetengah pelajar yang frust dengan result peperiksaan jadi kem motivasi adalah salah satu cara yang baik untuk mengurangkan tekanan dan dapat membantu kita untuk terus cekal dalam menghadapi cabaran dan ujian di dunia..

2. Belajar menggunakan teknologi

Jika ibu bapa berkemampuan, mintalah mereka untuk menghantar anda untuk mengikuti kelas-kelas suntingan video, pembinaan laman web, grafik, fotografi sesuai dengan minat anda. Anda dapat melatih diri anda untuk menggunakan daya imaginasi yang tinggi dam kreatif.

3. Perbaiki solat

Sebelum cuti persekolahan bermula mungkin anda kurang mempunyai masa lapang kerana sibuk dengan aktiviti sekolah jadi gunakanlah masa cuti ini untuk perbaiki semula solat anda. Perbetulkan bacaan dalam solat fardhu, fahami maksud-maksud bacaan dan hayati supaya anda lebih fokus dan
 in sha allah lebih khusyuk dalam solat. Hafazlah surah-surah lazim berserta maksudnya..

4. Melancong

Bagi mereka yang berasal daripada keluarga yang berkemampuan, keluarlah pergi bercuti dengan keluarga. Aktiviti ini memang sangat menyeronokkan dan juga dapat membuka minda anda. Selain daripada mengeratkan hubungan kekeluargaan, aktiviti ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman.

5. Belajar Kraftangan

Dalam youtube banyak video tentang hasil-hasil DIY (do it yourself) yang menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah. Ada kraftangan yang boleh digunakan untuk keperluan sekolah ha..dah dapat jimat duit jadi tak perlulah beli yang baharu hanya gunakan barang lama untuk mencipta barang bahari.. Apabila anda mencuba nanti, anda akan dapati membuat kraftangan adalah suatu aktiviti yang menyeronokkan.

6. Membaca Buku Novel/ Buku Ilmiah

Bagi mereka yang berminat dengan membaca buku, boleh juga meneruskan minat dengan membaca novel atau pun buku ilmiah. Pilihlah daripada senarai novel-novel berkualiti tinggi, supaya anda dapat juga mempelajari teknik menulis yang baik dan menambahkan pembendaharaan bahasa. Buku ilmiah seperti ensiklopedia atau buku-buku dakwah juga sangat bermanfaat untuk dihabiskan sepanjang cuti ini. Sekurang-kurangnya anda akan dapat memperolehi ilmu pengetahuan baru yang berguna.

7.  Review study

Squad pasti kebanyakkan pelajar apabila cuti tak suka buka buku terutama buku sekolah ataupun buku latihan.. Review ni penting supaya anda tak lupakan pelajaran yang telah dipelajari.. Buku-buku latihan yang tak habis tu bolehlah dihabiskan masa cuti ni..


Bila dah review study kenalah start ulang kaji untuk subjek tahun hadapan. Ini penting terutama untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti PT3 dan SPM.. Kalau malas sekalipun bacalah sikit-sikit so bila cikgu mengajar kita dah boleh faham.. At least, lagi 2 atau 3 hari nak mula sekolah tu mulalah baca buku ye..

8. Dekatkan diri dengan Maha Pencipta

Mungkin masa sekolah kita hanya melakukan ibadah wajib iaitu solat fardhu 5 kali sehari semalam. Jadi semasa cuti ni gandakanlah solat kita daripada hanya solat fardhu buatlah solat sunat seperti dhuha ke hajat ke tak lama pun at least 5 minit untuk 2 rakaat. Kemudian, daripada satu ayat al-quran sehari gandakan 1 muka surat sehari ataupun kalau mampu bacalah setiap kali selepas solat fardhu berserta terjemahannya sekali...

Sekian sahaja perkongsian pada hari ini. Squad hijrah harap anda dapat gunakan cadangan ini untuk manfaatkan cuti sekolah anda. Selamat bercuti ..😊

Sunday 13 November 2016

Misi?

No comments:
Assalamualaikum sahabat sekalian. Topik yang akan kita bincangkan pada hari ini ialah 'Misi'. Mesti ramai yang tertanya-tanya "Misi? Misi apa pula ni?" Hah misi yang kami maksudkan ialah 'Misi Hidup'.
Jom kita tambah lagi pemahaman kita berkenaan kehidupan dengan memandang lebih jauh lagi misi dan tugas hidup kita di muka bumi ini.


Kita mula bersekolah pada usia 7 tahun bagi mempelajari pelbagai jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu sains dan ilmu hisab. Kita perlukan paling kurang pun 11 tahun untuk tamatkan persekolahan yang mana 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah. Tapi proses pembelajaran kita tidak terhenti sampai situ jaa yaa.
Zaman sekarang menuntut kita untuk belajar lebih tinggi lagi. Kita perlukan 4 tahun belajar di universiti untuk mencapai sarjana muda. Ada juga segelintir pihak yang menyambung lagi pengajian sehingga mencapai peringkat sarjana dan doktor falsafah. Ada yang menghabiskan masa selama 20 tahun daripada sekolah rendah hingga mencapai peringkat doktor falsafah. Fuhh lama kan? Tapi bagi mereka yang gilakan belajar tu tak rasa apa dah. Seronok lagi ada lah. Tapi selepas tempoh masa tu, adakah misi dan tugas hidup kita akan selesai?

Tak. Belum lagi. Banyak lagi tugas yang menanti kita. Kita kena kerja dan cari nafkah untuk keluarga. Ramai yang anggap apabila mereka pencen tugas mereka pun selesai. Tugas dalam membesarkan dan mendidik anak-anak pula dianggap selesai selepas anak-anak dewasa, bekerja dan berkeluarga. Tapi, betul ke semua tugas kehidupan kita dianggap selesai selepas kita uruskan semua tu?

Emm belum juga. Orang selalu ukur kejayaan daripada aspek duniawi. Sebagai contoh, gelaran akademik disandang, jawatan yang dipegang, jumlah wang dalam bank, rumah besar dan kereta mewah. Apabila kita ukur kejayaan seseorang dengan perkara-perkara tu, macam mana dengan orang yang ada sederet gelaran akademik tapi hanya tinggal di rumah murah. Adakah mereka itu gagal dalam melaksanakan tugasnya? Macam mana pula dengan mereka yang hanya lulus sekolah rendah ataupun sama sekali tak bersekolah? Macam mana pula dengan mereka yang perlu berjuang mencari nafkah demi sesuap nasi yang hanya cukup untuk dimakan sehari? Adakah mereka pun dianggap gagal menunaikan tugas kehidupan duniawi sekaligus tugas rohani?
Hah masalah duniawi dan rohani adalah dua perkara yang berbeza. Ada sesetengah orang yang berjaya melaksanakan tugas duniawi tetapi gagal dalam tugas rohani. Apabila kita anggap tujuan hidup adalah beribadah dan mendekatkan diri kepada Tuhan, apa gunanya harta kekayaan yang kita capai sedangkan kita tidak mampu menunaikan tugas hakiki kehidupan. Apalah ertinya nama yang tercatat dalam sejarah jika kita gagal dalam melaksanakan tugas rohani.
Seperti yang dihuraikan di atas, semua cita-cita dan tujuan hidup duniawi bersifat sementara dan akan tinggal kenangan, sama seperti hidup kita. Tapi itu tak bermakna tak ada satu pun tujuan hidup yang betul dan baik. Namun, tujuan hidup yang hakiki adalah mendekatkan diri sepenuhnya kepada Tuhan kerana setiap yang hidup pasti akan mati dan kembali ke pangkuan Tuhan yang maha kuasa. Tujuan hidup seperti inilah yang memberikan manfaat, tidak hanya bagi tubuh tetapi juga bagi jiwa kita. Dengan menyedari dan melaksanakannya, In Shaa Allah, kita akan memperoleh kebahagiaan tidak hanya di dunia tetapi juga di akhirat.
Mungkin ada yang tidak sependapat dengan kami kerana mereka lebih mementingkan hal-hal duniawi yang nyata. Mereka fokuskan segala sesuatu pada yang dapat memberikan manfaat nyata di dunia ini. Untuk mereka yang berpendapat demikian, kami ingin katakan, "Kematian itu adalah sesuatu yang nyata, pasti dan real." Ia pasti menimpa semua manusia.
Dalam kita mendekatkan diri kepada Tuhan, kita tidak boleh hanya beribadah tanpa bekerja. Bekerja juga satu ibadah yaa. Di dunia ini, kita boleh menjadi ilmuwan yang terkenal, usahawan yang berjaya dan ahli politik yang ulung. Kita mesti manfaatkan setiap usaha tu sebagai sarana mendekatkan diri kepada Allah. Kita boleh menjadikan cita-cita duniawi sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Apa yang penting adalah pemahaman dan kesedaran kita untuk melaksanakannya dengan sebaik-baiknya supaya tidak tersesat jalan. Setiap kesempatan dan peluang yang ada perlu kita gunakan bagi mendekatkan diri kepada Allah.


Baiklah, itu saja daripada kami. Terima kasih sebab sudi baca walaupun entry kali ni agak panjang sikit yaa. Maaf jika ada tersalah atau terkurang. Marilah kita sama-sama berusaha untuk meraih mardhatillah dan jannah. In Shaa Allah.

Friday 4 November 2016

SPM dah Dekat?!

1 comment:


Assalamualaikum. Hari ini kami di Squad Hijrah ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan SPM yang akan tiba kurang daripada 3 hari saja lagi.

SPM merupakan peperiksaan yang perlu dihadapi oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 di seluruh Malaysia. Bagi mereka yang akan menghadapi SPM, anda tidak perlu panik. Di sini kami akan kongsikan tips yang boleh anda amalkan sebelum menghadapi SPM.

*SEHARI SEBELUM HARI PEPERIKSAAN*

1. Baca secara imbas nota ringkas, tips dan rumusan untuk subjek esok.
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat.
3. Setkan di minda anda "I Can Do It".
4. Sediakan alat tulis secukupnya dan jangan lupa bawa alat geometri jika perlu.
5. Mohon doa dan restu ibu bapa.
6. Tidur seawal pukul 9.00 malam bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang anda imbas sebentar tadi.(pastikan solat sebelum tidur bagi yang Islam)

*SEMASA HARI PEPERIKSAAN*

1. Bangun awal.
2. Lakukan solat Tahajud, Subuh dan Hajat
3. Bersiap sedia ke sekolah.
4. Bersarapan tetapi jangan terlalu berat kerana khuatir anda akan berasa mengantuk atau perut anda akan berasa tidak selesa.
5. Pastikan anda membawa :-
a) Alat-alat tulis yang telah disediakan
b) Surat lahir / kad pengenalan
c) Slip angka giliran
6. Baca surah Al-Fatihah (3x), Takbir (7x) dan Selawat (3x).
7. Salam & cium tangam ibu bapa.
8. Langkah keluar dari rumah dengan kaki kanan dan bersemangat.
9. Pergi ke sekolah lebih awal dari biasa supaya tidak tergesa-gesa.

*SEMASA TIBA DI SEKOLAH*

1. Duduk di tempat yang tenang dan baca secara imbas nota ringkas, tips dan rumusan subjek yang akan dijawab.
2. Tarik nafas dan tenangkan diri serta minda.
3. Baca surah Al-Fatihah (3x), Takbir (7x), Doa Penerang Hati (1x) dan Selawat (3x)

*DALAM DEWAN PEPERIKSAAN*

1. Duduk dengan selesa dan yakin pada Allah.
2. Baca Doa Penerang Hati dan Doa Tidak Lupa.
3. Sebelum buka kertas soalan, baca doa dan surah Al-Fatihah.
4. Sekiranya terlupa tentang sesuatu, berselawatlah. Semoga Allah ingatkan kembali dan permudahkan urusan anda.

*SELEPAS PEPERIKSAAN*

1. Jangan bincang kertas soalan dengan rakan anda.
2. Berserah diri kepada Allah.

Jika anda berasa bahawa anda tidak dapat menjawab soalan dengan baik, jangan risau dan lupakan dahulu tentang itu. Fokus untuk ujian yang seterusnya. Jangan bebankan fikiran anda.

Jika keputusan SPM anda tidak capai sasaran, jangan bersedih kerana masih banyak lagi ujian yang perlu anda hadapi. Jangan disebabkan itu anda terus hilang semangat untuk hidup. SPM hanyalah platform untuk anda menuju kejayaan. Di luar sana ramai yang berjaya tetapi SPM mereka biasa sahaja. Yang penting adalah USAHA!

Kami di Squad Hijrah akan sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. In Shaa Allah.

Thursday 3 November 2016

Syukur...nikmat

No comments:




Assalamualaikum, lama sungguh kami tidak 'post' sebarang artikel

Untuk itu, kami memohon maaf.

Kali ini squad hijrah ingin berkongsi tentang nikmat. Sebenarnya banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita tanpa kita sedar. Ok sebelum tu nikmat tu apa ye? 

  • Nikmat merupakan segala bentuk kesenangan, keperluan dan keselesaan yang diterima oleh seseorang. 
Antara nikmat kurniaan-Nya adalah:-

1. Nikmat Fitriyah
Iaitu nikmat yang ada pada anggota tubuh kita. Ada manusia yang dijadikan sempurna tubuh badannya ada yang tidak sempurna tubuh badannya. Maka kita hendaklah menghargai nikmat tersebut dengan melakukan perkara yang berfaedah dan elakkan daripada melakukan perkaran yang boleh membawa kepada dosa.

2. Nikmat Alamah
Iaitu nikmat alam sekitar. Misalnya seperti air, udara , tanah dan lain-lain. Adanya udara membantu kita untuk bernafas. Adanya air membolehkan kita membersihkan badan dan untuk keperluan harian. Adanya tanah membolehkan kita bercucuk tanam. Sebagai manusia dan hamba Allah kita perlulah menghargai nikmat ini dengan tidak mencemarkannya.

3. Nikmat Keamanan
Alhamdulillah di Malaysia, kita aman. Apa yang amannya. Di negara lain masih ada negara yang berperang mempertahankan negara mereka. Di Palestin misalnya mereka berjihad mempertahankan negara dan agama Islam tanpa jemu dan lelah. Sepatutnya kanak-kanak bersekolah tetapi di sana mereka berjuang kerana sekolah mereka dimusnahkan. Nikmat keamanan yang ada di negara kita ini, kanak-kanak dapat pergi ke sekolah untuk menuntut. 

4. Nikmat kesihatan. 
Tubuh badan yang sihat bermaksud bebas daripada penyakit. Kita dapat melakukan aktiviti harian dengan baik... Beribadah pun senang.

Dan banyak lagi nikmat lain....

Cara mensyukuri nikmat Allah. Ada 3 cara..
Pertama
○ Dengan hati
Yakinkan diri bahawa nikmat itu datangnya daripada Allah

Kedua
○ Dengan lisan
Melafazkan tahmid iaitu Alhamdulillah.. Memuji Allah kerana memberikan nikmat.

Ketiga

Dengan perbuatan 
Berkongsi nikmat dengan orang lain. Membalas nikmat Allah dengan melakukan ibadah kepada-Nya.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga Allah menjadikan kita hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dan menghargai nikmatnya.

�➡➡↙

 
back to top