Thursday 5 March 2015

Soalan 5 (Ibadat)

No comments:
SIAPAKAH YANG HARUS BERBUKA PUASA DI BULAN RAMADHAN?

Assalamualaikum,kami Squad Hijrah ingin memaparkan juga contoh soalan daripada segelintir pelajar tentang siapa yang harus untuk berbuka puasa?


                                        Ini ialah contoh soalan yang diberikan kepada kami


Jawapan
Dalam satu riwayat dari Anas bin malik Al Ka'bi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa".Hadis di atas merupakan dalil bagi wanita yang sedang hamil atau menyusui boleh berbuka puasa. Boleh juga berbuka sekalipun yang menjadi sebabnya adalah soal anak.

Menurut Imam Tirmizi, sebahagian ulama mengatakan, wanita hamil dan menyusui itu boleh berbuka puasa dan memberi makan kepada fakir miskin, kalau dia mahu boleh pula dia mengqadha tanpa memberikan makanan kepada fakir miskin. Sedangkan menurut pendapat ulama mazhab Syafei bahawa wanita hamil dan menyusui apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqadha puasanya kelak.




Boleh berbuka TAPI ingat kena GANTI puasa





                

Berpuasa adalah untuk mengawal nafsu atau mendisisplinkan diri dari malakukan perkara-perkara maksiat .Di samping itu, terdapat lagi banyak faedah berpuasa ini. Oleh hal yang demikian, berpuasalah...Wassalam... 

No comments:

Post a Comment

 
back to top