Thursday 5 March 2015

Soalan 2 (Feqah)

1 comment:
BERONANI?APAKAH HUKUM BAGI LELAKI YANG BERBUAT DEMIKIAN?

Assalamualaikum kami ucapkan kepada anda semua,Squad Hijrah ingin merungkaikan soalan yang diajukan oleh ramai pelajar atau remaja di luar sana? Beronani bermaksud mengeluarkan air mani dengan sengaja.Kebanyakkan mereka melepaskan kegairahan mereka dengan berbuat sedemikian.


Ini ialah salah satu contoh soalan yang disoalkan kepada Squad Hijrah.






JAWAPAN:
       


Berikut adalah jawapan yang pernah diberikan oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi :-
Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta' atau adatus sirriyah).
Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:
"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)
Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.




Harapan kami,Squad Hijrah kepada para remaja di luar sana agar menjauhkan diri anda daripada gejala-gejala yang boleh mendorong anda untuk melakukan perkara-perkara maksiat.Anda semua hamba Allah kan? Maka ikutlah perintah-Nya dengan meninggalkan larangan-Nya.Sekian

1 comment:

  1. dari segi saintifik, onani diharamhan kerana apabila berumah tangga kelak, rumah tangga akan runtuh.

    Kenapa?

    Sebab apabila berkahwin sang suami yang sudah biasa memuaskan nafsu sendiri tidak akan menunggu sehingga isterinya puas (tiada malu dalam agama). Lambat laun isteri akan menderita batin. Akhirnya rumah tangga akan punah.

    Bagaimana nak elakkan onani?

    Sibukkan diri dengan aktiviti sihat. Rajinlah ke surau dan masjid. Jangan bersendiri dalam bilik yang berkunci. Jangan menonton atau melihat yang haram (ada sebab mengapa Allah haramkannya). Berpuasa jika tidak mampu berkahwin lagi. Cepatkan perkahwinan jika sudah mampu.

    Jadilah remaja yang berfikiran jauh. Sihat tubuh badan, iman, amal dan taqwa. Carilah redha Allah. Jangan jadi sahabat syaitan. "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia" Yusof:5.

    ReplyDelete

 
back to top