Wednesday 25 March 2015

JOM TEKAN BUTANG RESET!

No comments:
JOM TEKAN BUTANG ‘RESET’

Mari kita lupakan semua masalah dan perkara buruk yang kita telah lakukan, bersihkan minda dan jiwa kita. Komputer juga hampir seperti manusia, ia juga perlu dibersihkan supaya sistemnya boleh berjalan lancar dan tiada gangguan yang disebabkan oleh ‘VIRUS’. Oleh itu, marilah kita membersihkan fikiran,minda dan jiwa supaya diri kita tidak dirosakkan oleh ‘VIRUS MANUSIA’ iaitu nafsu dan hasutan syaitan.












-AMALKAN KONSEP ‘3M’

M= Muhasabah (SCAN)

M= Menuntut ilmu/Mengaji  (INSTALL  ANTIVIRUS) 

M= Move-On! (CREATE NEW USER/ACCOUNT)

MUHASABAH (SCAN)

-Komputer lembap? Rosak? Situasi ini selalu terjadi kepada setiap komputer. Begitu juga dengan diri kita, terdapat banyak kerosakan pada diri kita. Maka, marilah kita menekan butang ‘SCAN’ (Muhasabah) pada diri kita. Usah malu jika kita sedar bahawa mempunyai kerosakan pada diri kita yang berpunca dari ‘VIRUS MANUSIA’.  





MENUNTUT  ILMU/ MENGAJI (INSTALL  ANTIVIRUS)

-Selepas ‘SCAN’ diri kita, perkara yang perlu dilakukan adalah menuntut ilmu dan mengaji yang juga dikenali sebagai ‘ANTIVIRUS’ kerana ‘VIRUS MANUSIA’ takut kepada orang yang mempunyai ‘ANTIVIRUS’. Syaitan tidak suka dan amat benci kepada orang yang menuntut ilmu. Di samping itu, kita juga dapat menahan nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.



MOVE-ON! (CREATE NEW USER/ACCOUNT)

-Sesudah kita ‘SCAN’ dan ‘INSTALL  ANTIVIRUS’, marilah kita ‘CREATE NEW USER/ACCOUNT’ iaitu memulakan hidup atau perjalanan yang baru sebagai seorang mukmin yang taat kepada Allah dan melupakan perkara-perkara yang merosakkan diri yang kita lakukan sebelum ini, bak kata orang-orang tua ‘Barang lama, usah dikenang’. Perbanyakkanlah bertahmid dan bertasbih supaya hidup diberkati oleh Allah.

Kesimpulannya kita haruslah berubah kepada jalan yang benar untuk menjadi salah seorang penghuni syurga dengan melakukan perkara-perkara yang telah dinyatakan.

Akhir kata dari kami…
             ‘‘KAMI SUDAH, ANDA?’

No comments:

Post a Comment

 
back to top