Wednesday 1 July 2015

Tutup Mata, Apa Yang Kita Dapat?

2 comments:




Tutup mata apa yang boleh kita dapat? Ramai yang tidak sedar dengan hanya kita memejamkan mata kita akan dapat kelebihannya tersendiri.

Rugi jikalau kita tidak pejamkan mata sebentar kerana kita mungkin akan terlepas keistimewaanya.



Apa yang istimewanya?


Menjadi Tenang

Apabila kita pejamkan mata kita, sistem di dalam badan kita akan berehat sebentar bagi mentafsir maklumat yang selalunya diperoleh daripada mata yang terbuka.

Pada waktu yang sama, selagi kita membuka mata maka neuron-neuron di dalam badan kita akan bertindak balas dengan pelbagai situasi yang mungkin pada saat itu kita mengalami tekanan 'STRESS' orang putih panggil. 




Ini lah Neuron kawan-kawan

Oleh itu, apabila kita menghadapi saat sukar pejamkanlah mata anda dan tarik nafas sedalam-dalamnya.

Melalui cara ini  kita mampu mengatasi tekanan kerana otak yang sepatutnya mentafsir 
supaya kita marah, tidak jadi marah hasil daripada kita merehatkan sistem ini dan mampu merehatkan otak supaya berfikir semula dan bertindak secara positif bagi menangani tekanan tersebut. 

Oleh hal yang demikian, dengan memejamkan mata, anda mampu menjadi tenang. 


Rilek Brader.Jom Dengar...
Menjana IDEA Kreatif

Mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang ini, IDEA atau dikenali sebagai ilham adalah eset yang paling berharga bagi melakukan anjakkan paradigma. 

Idea yang bagaimana? sudah pasti bukan Idea yang biasa-biasa tetapi Idea yang kreatif.
Dengan Idea kreatif kita boleh inovasi apa sahaja termasuk inovasi jalur lebar.
Teacher kami juga pernah berkata Idea merupakan suatu benda yang mahal.




Idea yang mahal dimaksudkan ialah Idea kreatif dan inovatif. Hal ini demikian kerana, arus globalisasi yang cukup canggih ini perlu Idea kreatif dan inovatif ini bagi memajukan teknologi di dunia ini.

Persoalannya Bagaimana?

Pejamkan Mata Anda...

dan baring selama 50 saat. Cara ini akan menyambungkan neuron-neuron di dalam otak anda seterusnya mencetuskan Idea yang kreatif. Perkara ini kami dapati melalui rancangan tv HISTORY 'How 2 Win'. Sudah pasti pakar ataupun doktor tidak akan menipukan? Malah cara ini terbukti berkesan.

Kreatif juga bererti kita menggunakan otak kanan, kita menggunakan imaginasi.




Presis kata mutiara oleh Albert Einstein: 'Imagination is more important than knowledge' .




Maka untuk menjadi seorang yang kreatif amatlah penting pada era teknologi ini.

Jadi Pejamkan mata anda........kemudian jadikan angan-angan itu sebagai impian dan impian menjadi cita-cita 'lirik Apa khabar'.


You Will Be Creative


Melahirkan Keinsafan

Gaya hidup digital sudah menjadi tidak asing lagi di dalam kalangan masyarakat Malaysia. 

Namun, penipuan, fitnah dan penyebaraan maklumat palsu menjadi suatu perkara yang mazmumah merosakkan minda dan jiwa masyarakat kita. 

Lebih-lebih lagi, jikalau melibatkan artis-artis dan masalah negara.Sedar atau tidak kita turut terlibat dalam kepincangan ini.



Oleh sebab itu, kami mengInovasi jalur lebar supaya kita sedar dan Insaf.

Dengan kata lain, melalui cara memejamkan mampu menginsafkan kita.

Tutup Mata anda dan Insaf.



Untuk lebih berkesan klik video di bawah dan pejamkan mata anda.






Tatkala kita memejamkan mata kita, kita akan kenang masa lalu dan apa kesalahan yang pernah kita lakukan.

Pada saat itu kita boleh pilih antara dua sama ada :

*Insaf dan tidak akan mengulanginya

Atau

*Kita terus menerus menjadi orang mengulangi sejarah 'kejahilan'.


Sebagai penghias bicara akhir, JOM KLIK DENGAN HIKMAH!


2 comments:

  1. Artikel yang bagus. Perkara kecil yang kita jarang2 sekali sedar akan kelebihannya. Good job!

    ReplyDelete

 
back to top