Monday 6 July 2015

3 Langkah Persediaan Usrah

No comments:

Usrah adalah satu kumpulan yang membincangkan isu terkini, nasihat menasihati dan menganggapkan setiap ahli usrah sebagai ahli keluarga sendiri.

Usrah juga membawa maksud di dalam bahasa arab yang bererti 'Keluarga'


Dalam setiap usrah pasti memerlukan seorang Naqib untuk menjadi ketua dalam pebincangan dalam usrah tersebut.

Oleh itu, saya ingin berkongsi 3 langkah persediaan Usrah:

1.Penetapan Masa

Untuk memastikan perbincangan di dalam usrah teratur kita perlu mempunyai waktu yang ditetapkan agar ahli usrah yang lain boleh memberi waktu yang sesuai untuk berkumpul bersama-sama. Oleh itu, kami sering menggunakan 'Whatapps' bagi membincangkan hal yang sedemikian, maklumlah gaya hidup digital sekarang.Sempena bulan Ramdhan yang barakah ini kami acapkali mengadakan usrah terutamanya pada hujung minggu.Kebetulan pula, Kelab Kemahiran Al-Quran (KKQ) mengadakan program Kem Ihya' Ramadhan dan Tahbir Al-Quran. Bagi Kami ini adalah waktu yang sangat cantik kerana kami dapat menghidupkan malam-malam Ramadhan.















2.Tempat

Tempat tidak semestinya di masjid atau surau.Hal ini terletak atas setiap ahli usrah sendiri. Oleh itu, sebagai seorang Naqib kita perlulah memilih tempat yang santai dan selesa unutk setiap ahli usrah kita.













Ini atas jalan raya pun boleh


3. Bahan yang Menarik(kreatif)

Bahan kreatif dan menarik mampu mengajak mereka untuk mendengar apa yang kita cuba sampaikan. Baru lah mereka tak ternganga je dengar kita cakap kan?. Kami menggunakan jalur lebar untuk mencari muzik, video-video, agar audiens rasa best nak dengar.









SELAMAT MENCUBA!


No comments:

Post a Comment

 
back to top