Saturday 25 July 2015

Bengkel Pembikinan Video Squad Hijrah

No comments:




Tarikh keramat 25/7/2015 ini  telah berlangsungnya aktiviti Squad Hijrah yang terbaru iaitu ‘Kelas Pembikinan Video’ .



Program ini adalah rentetan daripada’ Pertandingan Video Pendek Squad Hijrah’


Kami mewajarkan kepada setiap peserta agar menghadiri kelas pembikinan ini supaya dapat mengetahui asas pembikinan video.



Tujuan program ini ialah bagi mencetuskan generasi untuk mencipta video yang kreatif dan inovatif.

Di samping itu, pelajar akan dapat mengetahui asas pembikinan video seperti skrip, story board dan angle yang menarik.



Belajar Buat Kembar Best~






Program ini lebih ditujukan kepada pelajar junior kerana mereka akan menjadi suatu aset kepada Squad Hijrah dalam bidang IT dan ICT pada masa akan datang sekurang-kurangnya 4 tahun.

Program ini dikendalikan oleh Puan Yuhaida bt, Yusof (pengasas Squad Hijrah) ,Cikgu Azme Yahya (Guru IT terbaik Daerah Gombak), Nur Haziqah Akma (Johan LRK 2014 peringkat Selangor) dan Harith Rafeq.



Tarikh tutup pertandingan adalah 17 Ogos. Oleh itu, peserta masih mempunyai cukup masa untuk menggunakan ilmu daripada kelas ini untuk mencipta video nanti.
Semoga ilmu yang dicurah mampu membangkitkan satu revolusi dalam bidang  IT dan ICT ini yang telah menjadi sebahagian gaya hidup digital dalam masyarakat kita kini.




Ini Adalah Salah Satu Video Hasil Salah Satu Kumpulan


Mereka diberi tugas mencipta video 30 saat berdasarkan tema 'Kemasyrakatan'




No comments:

Post a Comment

 
back to top