Sunday 31 May 2015

Kenal Rasul Kita?

2 comments:


Dah Kenal Rasul Kita?



Itu lah persoalannya adakah kita kenal rasul kita? kita yang sepatutmya membangun sebagai generasi yang berterampilan, bersahsiah mulia dan berilmu sewajarnya mengenali rasullullah sedalam-dalamnya kerana di situ akan timbulnya rasa kasih dan cinta kita kepada Nabi Muhammad junjungan kita. Namun demikian, realitinya kita semakin alpa menikmati keseronokkan dunia yang sementara sehingga ada di dalam kalangan kita tidak mengenali rasul kita? Sedih tak?

Seyogia, kita wajar mengenali baginda tidak kira bangsa, agama dan warna kulit kerana beliau seorang tokoh dan BINTANG sepanjang zaman. Persis kata mutiara baginda umpama 'cahaya atas cahaya' kerana budi pekertinya maha mulia.

Bagaimana nak kenal dengan lebih dalam?

Jom Try 3 cara ini :-

1. BACA SEJARAH/SIRAH

- Baca sejarah tentang baginda kerana bak kata cendiakawan 'orang melupakan sejarah pasti mengulanginya'. Hal ini kerana baginda  membawa setiap manusia ke atas jalan yang benar. Misalnya,peristiwa meletak semula hajaratul aswad setelah banjir besar berlaku di Makkah (mohon baca sejarah ini) baginda telah mententeramkan api yang membara dengan menjadi hakim setelah dilantik oleh penduduk mekah pada ketika itu atau dikenali sebagai zaman jahiliah.Dengan menghayati sejarah kita akan lebih mengenali dan menyayangi baginda.

2.AMALKAN SUNNAH
- Amalkan sunnah tanda dan bukti anda cinta baginda. Tamsilnya jikalau anda suka atau minat artis pujaan anda pasti anda akan ikut gaya mereka bukan? kan? hehe.Begitu juga jikalau anda sayang rasulullah. Amal sunnah susah? Hang tahu tak, apabila kita solat kita telah melakukan lebih 50 sunnah. Susah ke? takkan...Jom Amalkan Sunnah.

3.SAMBUNG BERJUANG!

-Kita terus menerus sampaikan ISLAM di atas muka bumi Allah ini. Kita sambung perjuangan rasulullah melalui perlakuan kita sebagai umat islam. Berjuang tidak bererti mengangkat senjata akan tetapi berjuang menonjolkan kemuliaan Islam di mata seantero dunia.Oleh itu, semangat perjuangan itu akan mengenangkan kita kembali kepda kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Selamat BerAMAL!

Jom klik dengan hikmah lagu Hijjaz-Rasulullah


2 comments:

 
back to top