Monday 1 June 2015

Reset Gaya Hidup Digital Kita!

No comments:

Bagi membebaskan kita daripada belenggu kejahilan dan kegelapan kerana impak daripada penggunaan jalur lebar yang kurang bijak menjadikan kemunduran gaya hidup digital Malaysia. Oleh itu, Jom kita RESET gaya hidup digital kita bagi menangani kepincangan masalah penggunaan jalur lebar yang kurang efektif ini.

Bagaimana?


Aaah satu persoalan yang baik.

Kami memberi satu tip okay?

BIJAK memberi KOMEN .




Arus modenisasi kini memberi pendapat ataupun komen sudah tidak menjadi masalah untuk masyarakat kita yang mengamalkan gaya hidup digital. Di sebalik kemudahan yang efisien ini, kita menghadapi kemelut apabila ruang komen dipenuhi dengan kata-kata cacian yang akan memberi kesan negatif kepada pelbagai pihak.


Oleh itu, kami menjanakan JOM Klik Dengan HIkmah! supaya setiap pengguna jalur lebar ataupun insan yang mengamalkan gaya hidup digital akan menekan setiap butang (button) dengan hikmah dalam erti kata lain memberi kesan POSITIF kepada diri mereka dan apabila mereka mengeluarkan pendapat di ruang komen.


JOM Klik Dengan Hikmah! 'Video Mathlutfi- Buat kepala'




Kendatipun begitu, tidak salah kita untuk memberikan pendapat melalui ruang ruang komen yang telah disediakan. Namun, kita seharusnya memberi komen yang membina dan memberi kesan yang positif (hikmah). Sebagai intiha, JOM KLIK DENGAN HIKMAH!

No comments:

Post a Comment

 
back to top