Sunday 17 May 2015

Dosa dan Pahala

No comments:

Dosa Dan Pahala


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda yang mengikuti gerakan Squad Hijrah ini. Apa Khabar, Sihat?   




Jom Cerita tentang Dosa dan Pahala




Tuan-tuan, Puan-puan dan sahabat-sahabat sekalian. Hidup kita adalah untuk MATI kita kerana dosa dan pahala akan dihitung di atas muka Bumi ini. Tetapi Masyarakat sering kali alpa bahawa hidup ini adalah ujian untuk kita semua, tidak kira sama ada anda muslim ataupun tidak. Anda sedang diuji, anda sedang dihitung amalan dosa dan pahala oleh malaikat yang sedang berada di sisi kanan dan sisi kiri anda. Malaikat ini tidak terlepas satu pun perbuatan anda, tidak kira perbuatan di hati, kata-kata ataupun tubuh badan, semuanya dicatit tanpa satu pun tercicir.

Dua hari lepas saya (Zul Azhan) pergi ke kedai runcit taukenya India. Setibanya saya di sana tauke itu sedang berperang mulut dengan salah seorang pelanggannya iaitu orang Cina. Saya tidak pasti apa yang mereka bahaskan, akan tetapi saya tertarik kata-kata dari orang Cina itu 'Haiyaa....lu pikir saya ada tipu ka? , Saya takut tuhan lo' sambil menunjukkan jari telunjuknya ke atas. Hal ini menunjukkan, bukan muslim juga turut percaya akan Dosa dan Pahala, anda?

Pengertian Dosa dan Pahala   Ini adalah konsep dosa dan pahala yang betul setelah kami melihat semula kitab yang telah kami pelajari iaitu Pendidikan Syariah Islamiyah.

Berkaitan dengan Pahala pasti kita akan terdetik di hati masyarakat kita bila nak rasa kenikmatan Pahala itu? Pahala itu sebenarnya kita sudah dapat rasa kenikmatanya di dunia lagi.Contoh, Masyarakat menghormati /menyayangi kita, setiap perbuatan kita dipermudahkan dan kenikmatan kesihatan yang telah diberikan. Bukankah itu hasil kenikmatan hasil Pahala anda?



Kata Mutiara dari Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat


Tuhan Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, sedarkah anda tentang kiraan dosa dan pahala kita? Jom klik dengan Hikmah video ini.


Video di bawah adalah salah satu latihan salah seorang ahli Squad Hijrah diperakui memang ada sedikit kesilapan dari segi penyampaian iaitu sewaktu dia meyampaikan contoh dosa kecil , akan tetapi isi yang penting  hendak diceritakan ialah:-

1.Pengertian Dosa dan Pahala(Pendidikan Islam)
2.Dosa Besar dan Dosa Kecil (Pendidikan Islam)
3.Pengiraan Dosa dan Pahala






Pengiraan Dosa dan Pahala

Dosa

Sudah Niat hendak membuat dosa - 0

Sudah membuat dosa-1

Sudah Niat hendak membuat dosa tetapi tidak melakukannya - 0 + 1(Pahala)

Pahala

Sudah Niat hendak membuat pahala - 1

Sudah membuat Pahala - 10 (paling kurang) *contoh satu huruf ayat Al-Quran 10 ganjaran pahala.





Jadi bagaimana neraca kita di akhirat kita boleh berat di sebelah dosa kita?

Jawapannya ada pada anda, Tuhan tidak Zalim.

Ayuh kita terus menerus melakukan Pahala. Berbuat baik berpada-pada buat jahat jangan sesekali.Sekian.

No comments:

Post a Comment

 
back to top