Sunday 3 September 2017

AKU NAK BAHAGIA

No comments:
Assalamualaikum. Pertama sekali blog squad hijrah ingin memohon seribu kemaafan sebab dah lamaaa blog kami menyepi..Harap awak semua masih sudi nak baca lah yaa.  Mungkin ada yang masih tidak tahu tentang kewujudan blog ni. Tidak mengapa.. Boleh dikatakan blog SH ini sudah berumur lebih kurang tiga tahun lebih.


 Okay, proceed dengan main topic kita harini. Yes, bahagia. Siapa jaa dalam dunia ni yang nak hidup menderita, sengsara? Mesti takda kan. Persoalannya, apa yang boleh buat kita bahagia? Di sini kami akan kongsikan 4 cara untuk mencapai kebahagiaan berdasarkan kajian para saintis.

1. Dekatkan diri dengan keluarga dan kawan

  • Orang yang rapat dengan keluarga dan kawan dia ni biasanya lebih bahagia. Untuk memperkuatkan sesebuah ikatan tu memang perlukam masa dan effort yang banyak. Jadi, kalau awak nak bahagia, awak kenalah cari masa untuk bersama mereka. Awak kena tunjuk yang mereka tu sangat penting dalam hidup awak. Apabila saling menyayangi dan menghargai barulah hidup kita lebih bahagia.


2. Senyum-SELALU

  • Mesti awak wondering kan macam mana senyum boleh buat kita happy. Orang selalu kata senyum bila happy jaa. Salah tu. Sepatutnya, nak happy kena senyum. Senyum boleh buatkan kita nampak hidup ni positif. Smile. You will see opportunities in every problem that you need to confront. Senyum bila ingat masa lalu dan awak akan jumpa something yang boleh disyukuri. In Shaa Allah.


3. Lupakan untuk jadi kaya

  • According to research lah kan, seseorang yang nak jadi sangat kaya ni kurang bahagia. Sebab apa? Sebab seseorang takkan pernah rasa puas dengan harta yang dimiliki. Dia akan rasa nak kaya dan kaya lagi. Perkara  ni buatkan seseorang itu cepat rasa bimbang dan prejudis terhadap persekitaran.


4. Jangan bandingkan diri dengan orang lain

  • Kami yakin yang benda ni mesti ramai buat. Kan? Benda ni membuatkan seseorang tu rasa yang dunia ni sentiasa satu pertandingan sebab dia sentiasa nak jadi yang pertama. Nampak orang lagi pandai, nak rasa down. Nampak orang lagi kacak/cantik, nak rasa down. Stop! Please stop comparing yourself with others or you may hurt yourself.


Jadi awak nak bahagia? Nahh tu cara-caranya. TAPI, sebagai seorang muslim dan mukmin, adakah itu dah cukup? Apa yang kurang yaa? Apa dia? Yes, betul! Allah. Allah is number 1 in everything. Put Allah as your priority in life. Kalau kita buat 4 cara kat atas tu sekalipun, tapi kita lupa nak jaga hubungan dengan Allah, trust me that you won't get the true happiness. Semua benda yang jadi kat dunia ni adalah atas kehendak-Nya. Termasuklah perasaan kat hati kita ni. Minta pertolongan daripada Allah. Merintih, merayu kat Dia. In Shaa Allah, kita akan dapat rasa kebahagiaan yang sebenar. 

Itu sahaja daripada kami. Kami ingin mohon maaf jika ada kata-kata dari kami yang mengguris hati kalian. Yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang itu dari diri kami sendiri. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk mencapai kebahagiaan yang hakiki di dunia dan juga di akhirat. Semoga kita semua beroleh ganjaran syurga oleh Allah S.W.T. Aamiin..

No comments:

Post a Comment

 
back to top