Sunday 17 September 2017

Tanggungjawab ft amanah

No comments:
                   Assalamualaikum..Alhamdulillah kita masih dapat bersua melalui blog ini. Tajuk kita harini agak berat yaa. Sebab ia berkaitan dengan tanggungjawab dan amanah. 
Apa yang ingin kami bincangkan? Mari baca.

Image result for people trust

Baiklah, tanggungjawab dan amanah. Uish..berat ni. Mesti kita selalu diberi tanggungjawab kan. Contoh as a student, belajar,siapkan homework and assignment tu lah amanahnya. Banyak lagi amanah-amanah yang lain. Kita mesti jalankan setiap amanah yang telah diberikan kepada kita dengan sebaik mungkin. Kita tak boleh alpa dan abaikan amanah-amanah yang orang dah bagi kat kita. Walau besar dan kecil macam mana sekalipun amanah tu, kita wajib laksanakan selagi mana ia tidak bertentangan dengan hukum syarak. Kata nak happy dalam previous entry dua minggu lepas kan..so kenalah buat semua tanggungjawab dan amanah tu

Ayat tentang amanah yang pertama terdapat dalam surat annisa ayat 58 :
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الأمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (٥٨)
58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat.

 Amanah bukan dari segi kerja-kerja tu jaa. Rahsia tu pun satu amanah. Kalau orang cerita something kat awak dan minta awak rahsiakan tapi awak bagitahu orang lain, itu namanya tak amanah. Ingatlah rakan-rakan sekalian, bila mana orang letakkan sesuatu amanah dan tanggungjawab pada bahu kita, itu bermakna mereka percayakan kita. Jangan sia-siakan kepercayaan yang mereka dah beri tu. Kalau tak awak takkan dipercayai lagi dan dipandang serong.




Emm cuma kat sini, kami nak pesan satu benda. Ada satu lagi amanah dan tanggungjawab yang sangat besar. Semua orang bertanggungjawab terhadap amanah ni. Apa dia yaa? Yaa, amanah yang Allah bagi kat kita sebagai hamba-Nya. Sebagai khalifah di muka bumi ni. Solat. Puasa. Wajib! Perintah Allah. Kita tak boleh tinggalkan. Solat ni ibadah yang sangat penting. Boleh buat kita tenang. Ada orang kata dia solat tapi tak tenang pun. Lalu dia persoalkan kenapa. Kami nak tanya. Solat awak tu, awak sekadar hadapkan badan atau awak hadapkan hati awak sekali? Solat kalau boleh cubalah sekhusyuk yang mungkin. Lupakan dulu hal-hal duniawi. Itu jaa masa untuk kita berkhalwat dengan Allah. Kalau masa lain..ada ke? Jarang. Sebab tu usahalah sehabis baik supaya kita beroleh ketenangan. Jangan kita jadi hamba yang tak amanah terhadap pencipta.

Jom, bersama-sama kita berubah menjadi hamba yang lebih baik. Semoga Allah memberkati usaha yang kita lakukan. Yakinlah bahawa setiap perit jerih yang kita lalui untuk menjadi hamba yang soleh atau solehah pasti akan ada ganjarannya kelak. Allah itu Maha Penyayang. Allah tak kejam! Mungkin kita penat di dunia, tapi percayalah di akhirat nanti pasti kita dapat berehat sepuas-puasnya. Dunia ni sementara dan hanya tempat persinggahan untuk kita mengumpul bekalam menuju ke akhirat. Teruskan usaha dan jangan putus asa dalam mengejar mardhatillah. Sekian, assalamualaikum.

sumber:http://adinawas.com/ayat-tentang-amanah-dalam-al-quran.html


Sunday 3 September 2017

AKU NAK BAHAGIA

No comments:
Assalamualaikum. Pertama sekali blog squad hijrah ingin memohon seribu kemaafan sebab dah lamaaa blog kami menyepi..Harap awak semua masih sudi nak baca lah yaa.  Mungkin ada yang masih tidak tahu tentang kewujudan blog ni. Tidak mengapa.. Boleh dikatakan blog SH ini sudah berumur lebih kurang tiga tahun lebih.


 Okay, proceed dengan main topic kita harini. Yes, bahagia. Siapa jaa dalam dunia ni yang nak hidup menderita, sengsara? Mesti takda kan. Persoalannya, apa yang boleh buat kita bahagia? Di sini kami akan kongsikan 4 cara untuk mencapai kebahagiaan berdasarkan kajian para saintis.

1. Dekatkan diri dengan keluarga dan kawan

  • Orang yang rapat dengan keluarga dan kawan dia ni biasanya lebih bahagia. Untuk memperkuatkan sesebuah ikatan tu memang perlukam masa dan effort yang banyak. Jadi, kalau awak nak bahagia, awak kenalah cari masa untuk bersama mereka. Awak kena tunjuk yang mereka tu sangat penting dalam hidup awak. Apabila saling menyayangi dan menghargai barulah hidup kita lebih bahagia.


2. Senyum-SELALU

  • Mesti awak wondering kan macam mana senyum boleh buat kita happy. Orang selalu kata senyum bila happy jaa. Salah tu. Sepatutnya, nak happy kena senyum. Senyum boleh buatkan kita nampak hidup ni positif. Smile. You will see opportunities in every problem that you need to confront. Senyum bila ingat masa lalu dan awak akan jumpa something yang boleh disyukuri. In Shaa Allah.


3. Lupakan untuk jadi kaya

  • According to research lah kan, seseorang yang nak jadi sangat kaya ni kurang bahagia. Sebab apa? Sebab seseorang takkan pernah rasa puas dengan harta yang dimiliki. Dia akan rasa nak kaya dan kaya lagi. Perkara  ni buatkan seseorang itu cepat rasa bimbang dan prejudis terhadap persekitaran.


4. Jangan bandingkan diri dengan orang lain

  • Kami yakin yang benda ni mesti ramai buat. Kan? Benda ni membuatkan seseorang tu rasa yang dunia ni sentiasa satu pertandingan sebab dia sentiasa nak jadi yang pertama. Nampak orang lagi pandai, nak rasa down. Nampak orang lagi kacak/cantik, nak rasa down. Stop! Please stop comparing yourself with others or you may hurt yourself.


Jadi awak nak bahagia? Nahh tu cara-caranya. TAPI, sebagai seorang muslim dan mukmin, adakah itu dah cukup? Apa yang kurang yaa? Apa dia? Yes, betul! Allah. Allah is number 1 in everything. Put Allah as your priority in life. Kalau kita buat 4 cara kat atas tu sekalipun, tapi kita lupa nak jaga hubungan dengan Allah, trust me that you won't get the true happiness. Semua benda yang jadi kat dunia ni adalah atas kehendak-Nya. Termasuklah perasaan kat hati kita ni. Minta pertolongan daripada Allah. Merintih, merayu kat Dia. In Shaa Allah, kita akan dapat rasa kebahagiaan yang sebenar. 

Itu sahaja daripada kami. Kami ingin mohon maaf jika ada kata-kata dari kami yang mengguris hati kalian. Yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang itu dari diri kami sendiri. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk mencapai kebahagiaan yang hakiki di dunia dan juga di akhirat. Semoga kita semua beroleh ganjaran syurga oleh Allah S.W.T. Aamiin..
 
back to top