Saturday 1 August 2015

Inovasi Jalur Lebar Gaya Hidup Digital Malaysia

No comments:


Inovasi Jalur Lebar Gaya Hidup Digital Malaysia, macam pernah dengar kan? Ya, betul ini adalah Tema bagi pertandingan Liga Remaja Kreatif 2015 #LRK2015.

Apabila tema ini dikeluarkan ramai di antara kita terpinga-pinga bukan? ya lah perkataan inovasi merupakan perkataan yang jarang disebut dan jarang didengar sebelum-sebelum ini.

Oleh itu, kami ingin menceritakan sedikit pendapat kami mengenai 'Inovasi Jalur Lebar' dan 'Gaya Hidup Digital Malaysia' melalui video-video yang keatif.

Kebetulan rakan-rakan kami dari SMK Bandar Tasik Puteri, menyertai kategori video untuk Liga Remaja Kreatif 2015.

Ini adalah video-video daripada sekolah kami iaitu SMK. Bandar Tasik Puteri.










Video ini menunjukkan penggunaan Jalur Lebar dalam Gaya HIdup Digital Malaysia sehari-harian. Tamsilnya, penggunaan aplikasi-aplikasi yang telah diinovasikan dalam jalur lebar.






Video yang bertajuk -'Inovasi Jalur Lebar' menceritakan satu Inovasi Jalur Lebar Menggunakan Rekaan Baru iaitu Jam Holographic. Jam Holographic ini akan memajukan lagi gaya hidup digital anda.





TIN! merupakan video pendek mengisahkan dua orang rakan yang menggunakan TIN untuk berkomunikasi sesama mereka sewaktu kecil iaitu Enot dan Abam. Namun! salah seorang mereka terpaksa  pergi.Masa kini, Inovasi Jalur Lebar semakin pantas Abam melihat bagaimana perkara ini digunakan dalam gaya hidup digital Malaysia. Oleh itu, adakah inovasi Jalur lebar mampu menemukan mereka semula? Jom KIlk dengan Hikmah video ini. Enjoy~ 













Untuk pengetahuan rakan-rakan, Video TIN ini telah berjaya merangkul gelaran Johan LRK Selangor 2015 .Hal ini, merupakan satu kenangan manis dan kebanggan kami warga SMK Bandar Tasik Puteri. Selain itu juga, video bertajuk'TIN' ini telah mencipta sejarah bahawa buat pertama kalinya sesebuah sekolah berjaya mengekalkan kejohanan di Selangor. Hal ini membuktikan SMK Bandar Tasik Puteri mempunyai potensi yang besar bagi melahirkan individu-individu yang hebat di dalam kerjaya kreatif ini. Siapa sangka, sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah yang mengekalkan kejuaraan di Peringkat Selangor.  Tahniah Kami ucapkan.#LRK2015. #Terbaiklah BINTANG.







No comments:

Post a Comment

 
back to top