Tuesday 28 March 2017

Genextor 2.0

No comments:
Assalamualaikum. First sekali nak minta maaf kerana sudah lama kami tidak publish sebarang entry. Kami harap anda semua masih sudi untuk membaca entry kami. Pada 4 dan 5 Mac yang lepas, Squad Hijrah telah menganjurkan Program Genextor 2.0. Program ini merupakan Kem Ibadah Perdana. Pada tahun ini Squad Hijrah menganggarkan seramai 350 orang peserta sahaja. Namun, kami telah mendapat sambutan penyertaan yang amat menggalakkan iaitu seramai 450 orang peserta termasuk fasilitator seramai 50 orang yang terdiri daripada beberapa pelajar daripada tingkatan 3 dan 4. Selebihnya adalah pelajar tingkatan 5 dan bekas pelajar SEMETRI.

PERBINCANGAN AWAL PARA PETUGAS



HARI PERTAMA
                     


















Ada Apa dengan Cinta

No comments:
Assalamualaikum semua. Apa khabar? Alhamdulillah akhirnya Squad Hijrah berkesempatan untuk update entry yang baru. Baiklah tajuk harini amatlah biasa kita dengar iaitu 'cinta'. Siapa yang tak pernah rasa jatuh cinta kan?


Cinta tu ada banyak. Bukan hanya cinta pada manusia semata tapi juga cinta kepada pencipta. Dan sewajarnya kita sebagai hamba-Nya mencintai Dia lebih dari segalanya.


Cinta adalah anugerah daripada Allah. Apabila kita mencintai seseorang itu, maka kita hanya akan nampak kebaikannya saja. Jika mahu bercinta, haruslah kita berpegang pada dua prinsip iaitu cinta yang boleh memelihara iman dan memulihkan iman. Hanya dengan cinta kepada Allah dan Rasul kita dapat memegang dua prinsip itu tadi. 


Sabda Nabi SAW :

Tidak sempurna iman seseorang itu apa bila dia tidak mencintai aku lebih daripada dia mencintai ibu bapanya,anaknya,dan seluruh umat.

Apabila kita mencintai seseorang itu, kita akan patuh pada arahan dia. Begitu juga apabila kita mencintai Allah, kita akan melaksanakan segala yang diperintahkan ole-Nya dengan sebaiknya dan menjauhi segala larangan-Nya.


Apabila kita mencintai seseorang manusia,yakni yang berlainan jantina, itu perkara biasa. TETAPI perasaan ini jangan dilayan kerana ianya boleh memudaratkan kita. Perasaan itu adalah kurniaan Allah tetapi janganlah kita cambahkannya dengan cara yang salah.


Jika seseorang yang kita cintai itu perilaku dia baik di hadapan kita, kita kena lihat perilaku dia dengan kedua ibu bapa gurunya. Apabila dia boleh melawan arahan ibu bapa dan gurunya apatah lagi dengan kita.


Ingatlah saudara/saudari, pandanglah hati bukan rupa. Sesungguhnya rupa tidak akan menjamin kesetiaan, kebahagiaan dan kesejahteraan.


Cintailah diri sendiri terlebih dahulu iaitu dengan memperbaiki diri kita supaya berubah menjadi lebih baik. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.


Kita sepatutnya mempunyai rasa MALU. Malu itu sebahagian daripada iman. Malulah kita saat berbuat dosa.


Apabila difikirkan balik, kita ni nak bercinta, adakah kita telah melaksanakan tuntutan agama? Adakah kita telah menuntut ilmu? Adakah kita telah berkhidmat untuk umat? Tepuk dada tanya iman.


Bersihkanlah diri kita daripada kelalaian dengan media hiburan yang begitu luas pada masa kini. Gunakan ia untuk kebaikan diri, agama dan ummat manusia.


*« COUPLE »*



Perkara ini banyak berlaku di kalangan remaja zaman sekarang. Jika kita analisis semula perkara ini, perbuatan couple ini hanya mengheret pasangan kita ke jurang neraka. Bukankah Allah telah melarang kita menghampiri zina? 


Jenis Zina :

- Zina Mata
- Zina Hati
- Zina Tangan
- Zina Kemaluan

Jika kita benar² mencintai seseorang itu kerana Allah,mengapa kita mesti mengheret dia ke neraka? Setiap pasangan pasti ingin membawa pasangannya ke Jannah. Katanya cinta till Jannah. 


Apabila kita bercouple, kebanyakannya pasti akan melawan kata ibu bapa kerana lebih mementingkan pasangan kita yang baru kita kenal jika nak dibandingkan dengan kedua-dua ibu bapa kita. Disebabkan kita, pasangan kita telah derhaka kepada ibubapanya sendiri. MasyaAllah.


Kitalah PUNCANYA!


Jika kita benar-benar cinta, kita akan pastikan hubungan itu adalah hubungan yang diredhai oleh Allah SWT bukannya dimurkai. Janganlah kita menjadi saksi dihadapan Allah nanti sebagai saksi yg mengheret pasangan kita ke jurang api neraka.


Wahai saudara/saudari sekalian...

If u love someone for sake of Allah, dont drag them to Hell, but guide them to Jannah.

@Cinta sebenar = tanggungjawab


@Cinta couple = nafsu semata-mata


Kebahagiaan hanya akan dapat apabila dicari. Kebahagiaan yang sebenar adalah apabila hidup dan perbuatan kita diredhai oleh Allah.


Cintailah Rasulullah SAW dengan mencontohi sunnah baginda.


Disebabkan kekurangan iman dan juga bisikan dari syaitan menyebabkan kita tersungkur ke lembah kemaksiatan. Orang yang bercinta sebelum berkahwin kebanyakannya hanyalah berpura-pura. Lebih baik kita mencintai orang yang kita kahwini daripada mengahwini orang yang kita cintai.


Ingatlah bagi sesiapa yang tidak bercouple, Allah telah kurniakan kamu rezeki iaitu jauh daripada zina. Bersyukurlah.


Biarlah kita tidak dipandang oleh manusia asalkan kita dipandang oleh Allah.



Semoga perkongsiaan kali ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. In Shaa Allah. Terimak kasih kerana sudi meluangkan masa anda. Semoga kita beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.


 
back to top