Friday, 6 March 2015

Menghafal Al-Quran Dengan Konsep 'ADUH!'?

1 comment:
Menghafal Al-Quran dengan konsep 'ADUH!'?

     Squad Hijrah ingin membawa kepada anda cara untuk menghafal Al-Quran dengan cara yang tepat dan berkesan . Al-Quran ini bukan sahaja untuk dibaca atau difahami tetapi juga untuk dihafaz agar mengisi kekosongan rohani kita yang sering kali alpa dengan keseronokkan dunia.

      Pada zaman kini, masyarakat sering mengeluh apabila ditugaskan untuk menghafal Al-Quran. Maka terbitlah daripada mulut mereka perkataan "ADUH!!... susahnya nak hafal...". Oleh itu, kami dari Squad Hijrah ingin menukarkan pemikiran negatif ini kepada pemikiran positif dengan menggunakan konsep"A.D.U.H.".






  
Apakah Itu Konsep A.D.U.H ??

A - niat kerana ALLAH

Sesungguhnya sesuatu amalan itu berdasarkan niat adalah terbukti dalam hadis sahih Nabi SAW. 


    

Niatlah kerana Allah,disebabkan ayat Al-Quran adalah kalamullah iaitu kata-kata Allah.Apabila kita membuat sesuatu perkara kerana Allah,Insya Allah,Allah akan bantu kita.

D- Disiplin

Penghafaz seharusnya mempunyai sikap berdisiplin dalam menghafal Al-Quran seperti konsisten atau istiqamah dalam menghafal  ayat Al-Quran.Selain itu,kita mestilah berdisiplin dari segi masa iaitu memilih masa  yang tertentu bagi menghafal Al-Quran.

U - Ulang

Bagi proses menghafal,sudah pasti ada kaedah mengulang bacaan.Disunatkan mengulang mengikut nombor ganjil seperti 3,5,7,11 dan berikutnya.

H - Hafal


Akhir sekali,sudah tentu mengHAFAL dan menyimpan di dalam diri kita agar jiwa tidak kosong atau dipenuhi dengan perkara duniawi.



Kami berharap kaedah ini mampu membantu anda langkah demi langkah.....Selamat Maju Jaya!!!



1 comment:

 
back to top