Tuesday, 31 March 2015

The Islamic Research Foundation (IRF)

No comments:


The Islamic Research Foundation (IRF), Mumbai, India, is a registered non-profit public charitable trust. It was established in February 1991. It promotes Islamic Da’wah - the proper presentation, understanding and appreciation of Islam, as well as removing misconceptions about Islam - amongst less aware Muslims and non-Muslims.

IRF uses modern technology for its activities, where ever feasible. Its presentation of Islam reach millions of people worldwide through international satellite T.V. channels, cable T.V. networks, internet and the print media. IRF's activities and facilities provide the much needed understanding about the truth and excellence of Islamic teachings - based on the glorious Qur'an and authentic Hadith, as well as adhering to reasons, logic and scientific facts.


Sunday, 29 March 2015

What's Wrong Here

No comments:


What's Wrong Here

Assalamualaikum kepada sahabat sekalian....
Hidup kita berkait dengan sunah, Jika kita tidak mengikuti sunah maknanya kita akan melakukan sesuatu yang tidak kena atau salah dalam kehidupan seharian kita, tidak percaya? Mari saksikan video pendek ini. Enjoy~








Apa yang Wrong nye?





     




Oleh itu, seharusnya kita mengikuti sunah Rasulullah bukti kita mencintai baginda dan hidup menjadi lebih baik. 

Cinta Itu Fitrah

No comments:
Cinta Sejati

          Assalamualaikum dan salam cinta kami ucapkan kepada anda hihihi. Squad Hijrah ingin berkongsi kepada anda semua pada artikel kali ini mengenai CINTA. Suka lah tew...





          Cinta itu adalah perasaan semula jadi yang Tuhan telah wujudkan kepada setiap hambanya. Cinta boleh menjadi indah dan juga boleh menjadi tragis, Hal ini bergantung kepada diri individu tersebut jika kita tidak mempunyai Ilmu maka Cinta tersebut akan menjadi tragis kerana akan berlakunya kepelbagaian masalah seperti pembuangan anak, berzina dan pergaulan bebas.

             Bagaimana hendak memperoleh Cinta Sejati? pertama carilah Ilmu dan belajarlah mengenai Cinta terlebih dahulu baru lah kita bercinta. Sedangkan Bayi yang hendak berjalan pun belajar dahulu untuk merangkak. Begitulah konsep Cinta Sejati belajarlah dahulu untuk merangkak kerana suatu hari nanti Kita akan berjalan. 








              Kami menyediakan beberapa video & lagu mengenai cinta supaya anda semua lebih jelas mengenai Cinta Sejati... video daripada TH filem & pesanan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Enjoy~ Love is easy.













Cinta High Class


Jom dengar Teman Sejati....

Okay? dah faham? jadi ikut lah jalan yang baik nescaya kita selamat dunia dan akhirat.  





Thursday, 26 March 2015

Kisah Benar Di Alam Barzakh

No comments:
REALITINYA ALAM BARZAKH




‘Kehidupan di sini bukan suatu khayalan tetapi ia sebenar kejadian……’



Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan, ini adalah antara lirik yang telah didendangkan oleh kumpulan Far East dan lirik ditulis oleh ITO Lara.

Apa yang cuba disampaikan dalam lagu ini?




Cer dengar dan hayati dahulu lagu ini

Pejamkan Mata dan bukanlah pintu hati anda.







Dah dengar?
Ketahuilah bahawa seksaan kubur itu amat dahsyat, jika kita berada di dalam alam barzakh pasti kita mahu kembali ke dunia jadi selagi kita masih berada di dunia perbanyakkanlah amal ibadah agar kita sama-sama dapat merasai taman syurga yang indah.
Macam mana kalau kita banyak dosa?
Jom taubat nasuha bro...







Semoga kita menjadi seorang Mukmin yang hebat.....



   

Wednesday, 25 March 2015

Dah Solat?

No comments:

Salah ke, Aku TAK Solat?



Assalamualaikum, Squad Hijrah ingin mengupas tentang isu yang besar iaitu tentang orang yang tidak menunaikan solat. Hingga ke saat ini masih ramai yang tidak menunaikan ibadah wajib iaitu solat. Kenapa? kerana mereka ini leka dengan dunia dan tidak tahu bahawa kesalahan meninggalkan kefardhuan ini adalah satu kesalahan besar sehingga mereka  tidak layak digelar ISLAM.






Kami dah....















JOM TEKAN BUTANG RESET!

No comments:
JOM TEKAN BUTANG ‘RESET’

Mari kita lupakan semua masalah dan perkara buruk yang kita telah lakukan, bersihkan minda dan jiwa kita. Komputer juga hampir seperti manusia, ia juga perlu dibersihkan supaya sistemnya boleh berjalan lancar dan tiada gangguan yang disebabkan oleh ‘VIRUS’. Oleh itu, marilah kita membersihkan fikiran,minda dan jiwa supaya diri kita tidak dirosakkan oleh ‘VIRUS MANUSIA’ iaitu nafsu dan hasutan syaitan.












-AMALKAN KONSEP ‘3M’

M= Muhasabah (SCAN)

M= Menuntut ilmu/Mengaji  (INSTALL  ANTIVIRUS) 

M= Move-On! (CREATE NEW USER/ACCOUNT)

MUHASABAH (SCAN)

-Komputer lembap? Rosak? Situasi ini selalu terjadi kepada setiap komputer. Begitu juga dengan diri kita, terdapat banyak kerosakan pada diri kita. Maka, marilah kita menekan butang ‘SCAN’ (Muhasabah) pada diri kita. Usah malu jika kita sedar bahawa mempunyai kerosakan pada diri kita yang berpunca dari ‘VIRUS MANUSIA’.  





MENUNTUT  ILMU/ MENGAJI (INSTALL  ANTIVIRUS)

-Selepas ‘SCAN’ diri kita, perkara yang perlu dilakukan adalah menuntut ilmu dan mengaji yang juga dikenali sebagai ‘ANTIVIRUS’ kerana ‘VIRUS MANUSIA’ takut kepada orang yang mempunyai ‘ANTIVIRUS’. Syaitan tidak suka dan amat benci kepada orang yang menuntut ilmu. Di samping itu, kita juga dapat menahan nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.



MOVE-ON! (CREATE NEW USER/ACCOUNT)

-Sesudah kita ‘SCAN’ dan ‘INSTALL  ANTIVIRUS’, marilah kita ‘CREATE NEW USER/ACCOUNT’ iaitu memulakan hidup atau perjalanan yang baru sebagai seorang mukmin yang taat kepada Allah dan melupakan perkara-perkara yang merosakkan diri yang kita lakukan sebelum ini, bak kata orang-orang tua ‘Barang lama, usah dikenang’. Perbanyakkanlah bertahmid dan bertasbih supaya hidup diberkati oleh Allah.

Kesimpulannya kita haruslah berubah kepada jalan yang benar untuk menjadi salah seorang penghuni syurga dengan melakukan perkara-perkara yang telah dinyatakan.

Akhir kata dari kami…
             ‘‘KAMI SUDAH, ANDA?’

Saturday, 21 March 2015

Boleh Ke MInum Berdiri?

No comments:
Ketahui Hukum Minum Berdiri





       Assalamualaikum, dan salam sejahtera kami ucapakan, apa khabar semua?  Kami berharap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera dan bersyukurlah dengan nikmat kesihatan yang anda miliki pada hari ini. 

        Hari ini Squad Hijrah ingin menyedarkan kepada anda semua bahawa minum bediri mempunyai hukumnya yang tersendiri. Jadi apakah hukumnya? Mari kita lihat Hukumnya....




 Ketahuilah Hukumnya
KLik Gambar Di Atas Untuk Mengetahui Hukumnya






Jadi apa lagi kawan-kawan? dah tahu kan Hukumnya...so STOP and do the BEST  minum air smbil duduk kan nampak lebih sopan dan tidak memudaratkan kita.... sesungguhnya setiap sunnah Nabi Muhammad S.A,W ada sebabnya. BYE-BYE 







Saturday, 14 March 2015

Siapa,Pelajar Terbaik SPM '2014' Sekolah KAMI?

1 comment:
Pelajar Terbaik SPM SMK Bandar Tasik Puteri Adalah Ahli Squad HIjrah!!!







  Alhamdulillah, Assalamualaikum kepada semua. Keputusan SPM yang telah diumumkan pada bulan 3 tahun 2015 baru-baru ini telah membuktikan beberapa pelajar iaitu ahli jemaah Squad Hijrah telah memperoleh kejayaan yang menakjubkan dan menitiskan air mata seluruh guru di SMK Bandar Tasik Puteri. Selain itu, salah seorang ahli Squad Hijrah yang berada di kelas 5 Sains Agama "2014" telah berjaya mengukir nama menjadi Pelajar Terbaik SPM!!! keputusan yang tidak dijangka ini telah menaikkan gred purata sekolah berbanding tahun sebelumnya. Hal ini, telah memecahkan krtikkan bahawasanya Squad Hijrah membebankan pelajar, sedangkan apa yang terbukti kini kebanyakkan ahli-ahli kami iaitu calon SPM "2014" berjaya menjadi BINTANG!!...

Ikuti kata-kata dari BINTANG.....




Muhammad Aniq Razin Bin Zulkifli



Adakah Squad Hijrah membantu anda dalam kejayaan akademik?

Aniq : "Squad Hijrah sangat membantu lebih-lebih lagi aktiviti-aktiviti Squad Hijrah yang merangkumi pelbagai aspek terutamanya dari segi kerohanian dan sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam menangani cabaran dan dugaan dalam kehidupan"

Keputusan SPM anda?

Aniq : keputusan SPM saya 8A 1B



Muhammad Adib Farhan Bin Abdullah




Adakah Squad Hijrah membantu anda dalam kejayaan akademik?

Adib : "Alhamdulillah. Saya diberi kesempatan untuk mengetuai Squad Hijrah pada tahun 2013 dengan bimibingan Ustaz Izham dan bersama-sama rakan yang lain.
Prinsip saya dalam Squad Hijrah ialah :
'Leaders Are Learners'.  'The more you lead, the more your learn.
Teringat juga pesan seorang senior saya, 'Kepimpinan itu yang utama , tetapi bukan bermakna pelajaran itu yang kedua.
Subhanallah, Allah mengurniakan rakan - rakan juang yang sangat hebat dalam usaha saya untuk memperbaiki kelemahan diri bersama rakan-rakan yang lain".


Keputusan SPM anda?

Adib : 9A 1B (ramai lagi yang cemerlang sebenarnya)


Kini Tibalah Pelajar Terbaik SPM '2014' SMK Bandar Tasik Puteri.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Nur Izzati Binti Umar Zaman






Adakah Squad Hijrah membantu anda dalam kejayaan akademik?

Izzati : "Ya, Squad Hijrah membantu saya untuk terus kekal berusaha dan tidak mengenal erti putus asa dalam apa jua saya lakukan"

Keputusan SPM beliau sudah pasti dan tidak bukan....


11 A !!!


Semoga menjadi satu inspirasi kepada semua calon SPM yang akan datang. :D






The Islamic Research Foundation

No comments:


The Islamic Research Foundation (IRF), Mumbai, India, is a registered non-profit public charitable trust. It was established in February 1991. It promotes Islamic Da’wah - the proper presentation, understanding and appreciation of Islam, as well as removing misconceptions about Islam - amongst less aware Muslims and non-Muslims.

IRF uses modern technology for its activities, where ever feasible. Its presentation of Islam reach millions of people worldwide through international satellite T.V. channels, cable T.V. networks, internet and the print media. IRF's activities and facilities provide the much needed understanding about the truth and excellence of Islamic teachings - based on the glorious Qur'an and authentic Hadith, as well as adhering to reasons, logic and scientific facts.


Usrah 1 : Mengenali Allah Sebagai Rabb

1 comment:

Program usrah mingguan untuk pelajar perempuan berlangsung :  

Setiap : Jumaat 12.30 tengahari hingga 1.15 petang
Melahirkan pelajar yg mengenali Allah sebagai rabb, serta hakikat diri sebagai hambaNya, dan tanggung jawab sebagai khalifah di muka bumi Allah. Juga menjadikan pelajar sebagai anak-anak yang lebih taat kepada ibu bapa - respond guru yang anaknya mengikuti usrah.

Gambar








Wednesday, 11 March 2015

Program 7 : Cinta 2.0

No comments:

Cinta 2.0: Antara Cinta Dan Cita-Cita


Berlangsungnya pada 14 Febuari 2015 yang juga telah mencatat kehadiran 130 peserta walaupun pada hari tersebut pelbagai program sekolah diadakan. Bertujuan untuk menjelaskan peserta  tentang cinta hakiki.







Tuesday, 10 March 2015

 
back to top