Assalamualaikum..Alhamdulillah kita masih dapat bersua melalui blog ini. Tajuk kita harini agak berat yaa. Sebab ia berkaitan dengan tanggungjawab dan amanah.
Apa yang ingin kami bincangkan? Mari baca.
Baiklah, tanggungjawab dan amanah. Uish..berat ni. Mesti kita selalu diberi tanggungjawab kan. Contoh as a student, belajar,siapkan homework and assignment tu lah amanahnya. Banyak lagi amanah-amanah yang lain. Kita mesti jalankan setiap amanah yang telah diberikan kepada kita dengan sebaik mungkin. Kita tak boleh alpa dan abaikan amanah-amanah yang orang dah bagi kat kita. Walau besar dan kecil macam mana sekalipun amanah tu, kita wajib laksanakan selagi mana ia tidak bertentangan dengan hukum syarak. Kata nak happy dalam previous entry dua minggu lepas kan..so kenalah buat semua tanggungjawab dan amanah tu
. Ayat tentang amanah yang pertama terdapat dalam surat annisa ayat 58 :
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الأمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (٥٨)
58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat.Amanah bukan dari segi kerja-kerja tu jaa. Rahsia tu pun satu amanah. Kalau orang cerita something kat awak dan minta awak rahsiakan tapi awak bagitahu orang lain, itu namanya tak amanah. Ingatlah rakan-rakan sekalian, bila mana orang letakkan sesuatu amanah dan tanggungjawab pada bahu kita, itu bermakna mereka percayakan kita. Jangan sia-siakan kepercayaan yang mereka dah beri tu. Kalau tak awak takkan dipercayai lagi dan dipandang serong.
Emm cuma kat sini, kami nak pesan satu benda. Ada satu lagi amanah dan tanggungjawab yang sangat besar. Semua orang bertanggungjawab terhadap amanah ni. Apa dia yaa? Yaa, amanah yang Allah bagi kat kita sebagai hamba-Nya. Sebagai khalifah di muka bumi ni. Solat. Puasa. Wajib! Perintah Allah. Kita tak boleh tinggalkan. Solat ni ibadah yang sangat penting. Boleh buat kita tenang. Ada orang kata dia solat tapi tak tenang pun. Lalu dia persoalkan kenapa. Kami nak tanya. Solat awak tu, awak sekadar hadapkan badan atau awak hadapkan hati awak sekali? Solat kalau boleh cubalah sekhusyuk yang mungkin. Lupakan dulu hal-hal duniawi. Itu jaa masa untuk kita berkhalwat dengan Allah. Kalau masa lain..ada ke? Jarang. Sebab tu usahalah sehabis baik supaya kita beroleh ketenangan. Jangan kita jadi hamba yang tak amanah terhadap pencipta.
Jom, bersama-sama kita berubah menjadi hamba yang lebih baik. Semoga Allah memberkati usaha yang kita lakukan. Yakinlah bahawa setiap perit jerih yang kita lalui untuk menjadi hamba yang soleh atau solehah pasti akan ada ganjarannya kelak. Allah itu Maha Penyayang. Allah tak kejam! Mungkin kita penat di dunia, tapi percayalah di akhirat nanti pasti kita dapat berehat sepuas-puasnya. Dunia ni sementara dan hanya tempat persinggahan untuk kita mengumpul bekalam menuju ke akhirat. Teruskan usaha dan jangan putus asa dalam mengejar mardhatillah. Sekian, assalamualaikum.
sumber:http://adinawas.com/ayat-tentang-amanah-dalam-al-quran.html