Sunday, 28 June 2015

Pertandingan Video Pendek Squad Hijrah '2015'

No comments:

Berminat?


Apa tunggu lagi?


Jika anda mempunyai bakat mencipta video pendek, jangan lepaskan peluang keamasan ini untuk membuktikan anda berBAKAT.


Tema sulung bagi pertandingan ini ialah 'Dakwah Melalui Qudwah Hasanah'


Pertandingan Video Pendek anjuran Squad Hijrah di SMK Bandar Tasik Puteri.







Bagaimana?


 Anda perlu terdiri daripada 4 sekawan satu kumpulan.



Ini adalah peluang terbaik untuk anda membina satu memori bersama rakan-rakan anda dalam aktiviti sebegini.

Anda perlu mencari 4 orang rakan bagi mewujudkan satu kumpulan bagi menyertai pertandingan ini.






Dapatkan borang penyertaan dari:

*Puan Yuhaida (019 552 2400)

*Cikgu Azme


Objektif pertandingan ini ialah:

  1. Memupuk minat pelajar bagi mencipta video dan berdakwah secara kreatif serta berkesan.
  2. Memberi pengatahuan Am tentang penciptaan video melalui bengkel yang diwajibkan
  3. Mendidik di kalangan pelajar supaya berkerja secara berkumpulan dan memupuk nilai kerjasama di dalam kumpulan.



Terdapat Pelbagai Hadiah Menarik Menanti Anda...



Kepada anda yang sertai pertandingan ini, Semoga Berjaya! kami ucapkan.

Squad Hijrah berharap pertandingan sebegini akan terus dilaksanakan dan disemarakkan pada masa akan datang.









Monday, 15 June 2015

'Jalur Lebar' Senjata Perang Saraf

No comments:


Dalam Era inovasi jalur lebar, tuntutan dan ancaman luar menjadi semakin luas dengan adanya teknologi maklumat dan komunikasi yang serba canggih ini.

Olh itu, kita perlulah mempelajari dan menguasai setiap ilmu yang melibatkan teknologi tanpa sempadan ini.




Pada zaman dahulu, orang-orang terdahulu berhadapan dengan musuh yang nampak dengan mata mereka.

Pada zaman sekarang, musuh-musuh telah pun berada didalam rumah tanpa kita sedari dengan menyebarkan berita-berita yang boleh mengancam akidah.

Oleh itu, JOM KITA KLIK DENGAN HIKMAH! agar kita tidak tergadai di dalam peperangan ini.

Sunday, 14 June 2015

Saturday, 13 June 2015

Monday, 8 June 2015

Forgive Me...

No comments:
Maher Zain


Janganlah kita sombong, kononya kita senantiasa betul.



Kita sebagai manusia pasti melakukan kesilapan kerana sifat manusia itu tidak sempurna tetapi apabila kita bersatu kita akan saling lengkap-melengkapi.



Kontradiksinya, bagaimana kita hendak bersatu jikalau kita berpecah belah.

Salah satu faktornya penggunaan jalur lebar yang kurang bijak menyebabkan pergaduhan dan ketidakfahaman.

Bagi mengatasi kepincangan ini seharusnya kita saling maaf memaafi. okay~

Oleh itu, mari kita dengar dan hayati lagu ini. Terapi minda anda.







Wednesday, 3 June 2015

Tuesday, 2 June 2015

Someday we will Peace~ Someday - Zain Bhikha

No comments:

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak dengan pelbagai permasalahan yang berlaku di dunia ini. Tamsilnya, rakyat tidak  bersatu, bunuh-membunuh dan saling benci membeci.









Zain Bhikha



Maka, pada keluaran hari ini kami menyediakan kepada anda lagu 'Someday' oleh Zain Bhikha. Lagu yang mengorak langkah untuk mencapai KEdamaian. SALAM-Sejahtera disemarakkan di dalam lagu ini. Jadi tunggu apa lagi?



Jom Klik Dengan Hikmah 'Someday' - Zain Bhikha






Bahana Jalur Lebar

No comments:
Jalur lebar? Jalur lebar tu internet lah awok nih. Orang putih sangat~. Jadi, Internet adalah salah satu wadah yang membantu manusia moden kini untuk mendapat maklumat sepantas kilat (kalau internat anda laju ler) tidak kira waktu dan tempat kita berada. Internet  telah mendominasi gaya hidup digital seharian kita khususnya di Malaysia.


Apa yang bahananya?




MAKLUMAT



Keluaran hari ini ingin menceritakan kesahihan maklumat yang berada di Internet. Percayalah tidak 100% maklumat yang diberi itu betul dan tidak 100% maklumat yang diberi salah. Oleh itu, bagi membongkarkan kepincangan ini kita wajar mengkaji/bertanya dan pastikan berHIKMAH.

Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang efektif harus dijanakan bermula dari diri kita sendiri. 


Ayuh jadikan penggunaan internet kita bijak dan berhikmah.









Jom saksikan video kreatif daripada saudara Matluthfi.'Kecelaruan maklumat'



Jom KLik DeNgan HikMah! 

Monday, 1 June 2015

Aku Ke Dunia

No comments:

 Aku Terpilih Ke Dunia


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang telah selamat dan berjaya berada di dunia yang penuh ujian mahupun cabaran yang tidak akan pernah habis selagi kita masih berada di dunia yang fana ini. Tetapi adakah anda pernah tertanya bagaimana hebatnya ciptaan Allah daripada satu sel yang diberi nama 'sperm' menjadi seorang manusia hebat dia atas muka bumi?bagaimana pengorbanan seorang ibu mengandung dan melahirkan seorag insan yang akan menerajui seantero dunia? dan adakah anda  sedar anda adalah insan yang terpilih untuk menjadi Khalifah dan Hamba Allah di atas muka bumi ini. Di Sini Bermulanya Kembara Hidup Anda!


Dunia satu perjalanan nikmatilah pengambaraan anda.





Di sini lahirnya sebuah cinta




Permulaan kita semua hampir serupa tetapi apa yang penting tanyalah Bagaimana kita BerAKHIr?

Reset Gaya Hidup Digital Kita!

No comments:

Bagi membebaskan kita daripada belenggu kejahilan dan kegelapan kerana impak daripada penggunaan jalur lebar yang kurang bijak menjadikan kemunduran gaya hidup digital Malaysia. Oleh itu, Jom kita RESET gaya hidup digital kita bagi menangani kepincangan masalah penggunaan jalur lebar yang kurang efektif ini.

Bagaimana?


Aaah satu persoalan yang baik.

Kami memberi satu tip okay?

BIJAK memberi KOMEN .




Arus modenisasi kini memberi pendapat ataupun komen sudah tidak menjadi masalah untuk masyarakat kita yang mengamalkan gaya hidup digital. Di sebalik kemudahan yang efisien ini, kita menghadapi kemelut apabila ruang komen dipenuhi dengan kata-kata cacian yang akan memberi kesan negatif kepada pelbagai pihak.


Oleh itu, kami menjanakan JOM Klik Dengan HIkmah! supaya setiap pengguna jalur lebar ataupun insan yang mengamalkan gaya hidup digital akan menekan setiap butang (button) dengan hikmah dalam erti kata lain memberi kesan POSITIF kepada diri mereka dan apabila mereka mengeluarkan pendapat di ruang komen.


JOM Klik Dengan Hikmah! 'Video Mathlutfi- Buat kepala'




Kendatipun begitu, tidak salah kita untuk memberikan pendapat melalui ruang ruang komen yang telah disediakan. Namun, kita seharusnya memberi komen yang membina dan memberi kesan yang positif (hikmah). Sebagai intiha, JOM KLIK DENGAN HIKMAH!
 
back to top