Sunday, 31 May 2015

Kenal Rasul Kita?

2 comments:


Dah Kenal Rasul Kita?



Itu lah persoalannya adakah kita kenal rasul kita? kita yang sepatutmya membangun sebagai generasi yang berterampilan, bersahsiah mulia dan berilmu sewajarnya mengenali rasullullah sedalam-dalamnya kerana di situ akan timbulnya rasa kasih dan cinta kita kepada Nabi Muhammad junjungan kita. Namun demikian, realitinya kita semakin alpa menikmati keseronokkan dunia yang sementara sehingga ada di dalam kalangan kita tidak mengenali rasul kita? Sedih tak?

Seyogia, kita wajar mengenali baginda tidak kira bangsa, agama dan warna kulit kerana beliau seorang tokoh dan BINTANG sepanjang zaman. Persis kata mutiara baginda umpama 'cahaya atas cahaya' kerana budi pekertinya maha mulia.

Bagaimana nak kenal dengan lebih dalam?

Jom Try 3 cara ini :-

1. BACA SEJARAH/SIRAH

- Baca sejarah tentang baginda kerana bak kata cendiakawan 'orang melupakan sejarah pasti mengulanginya'. Hal ini kerana baginda  membawa setiap manusia ke atas jalan yang benar. Misalnya,peristiwa meletak semula hajaratul aswad setelah banjir besar berlaku di Makkah (mohon baca sejarah ini) baginda telah mententeramkan api yang membara dengan menjadi hakim setelah dilantik oleh penduduk mekah pada ketika itu atau dikenali sebagai zaman jahiliah.Dengan menghayati sejarah kita akan lebih mengenali dan menyayangi baginda.

2.AMALKAN SUNNAH
- Amalkan sunnah tanda dan bukti anda cinta baginda. Tamsilnya jikalau anda suka atau minat artis pujaan anda pasti anda akan ikut gaya mereka bukan? kan? hehe.Begitu juga jikalau anda sayang rasulullah. Amal sunnah susah? Hang tahu tak, apabila kita solat kita telah melakukan lebih 50 sunnah. Susah ke? takkan...Jom Amalkan Sunnah.

3.SAMBUNG BERJUANG!

-Kita terus menerus sampaikan ISLAM di atas muka bumi Allah ini. Kita sambung perjuangan rasulullah melalui perlakuan kita sebagai umat islam. Berjuang tidak bererti mengangkat senjata akan tetapi berjuang menonjolkan kemuliaan Islam di mata seantero dunia.Oleh itu, semangat perjuangan itu akan mengenangkan kita kembali kepda kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Selamat BerAMAL!

Jom klik dengan hikmah lagu Hijjaz-Rasulullah


Saturday, 30 May 2015

Humood AlKhudher - Kun Anta | حمود الخضر - كن أنت

No comments:
Melodi yang akan terapi minda anda....Enjoy~
Humood AlKhudher 

lagu yang telah mendapat sambutan hangat di dalam kalangan anak muda terutamanya yang mula mahu berhijrah dan dapat menarik jiwa anak muda dengan melodi yang telah disampaikan melalui lagu kun anta ini. Namun, persoalannya apakah mesej yang hendak disampaikan?

Just be yourself And Be Better!

Itu lah mesej yang jelas dan holistik telah disampaikan oleh lagu Kun Anta ini. Kun (jadi) Anta (awak) . Jadilah diri awak kerana awak adalah salah satu keunikkan manusia. Percayalah setiap manusia mempunyai keunikkan sendiri :D.


Ehem dah tahu lirik lagu Kun Anta ke?

Nak Lirik Tak? Klik Dengan Hikmah! Gambar di bawah








JOM KLIK DENGAN HIKMAH!

Monday, 18 May 2015

Portal Squad Hijrah LRK 2015

1 comment:
Portal Squad Hijrah


Portal Squad Hijrah telah dibangunkan pada tahun 2015 bersama moto Pencetus Revolusi Ummah! . Baru-baru ini kami telah menyertai pertandingan Liga Remaja Kreatif 2015 #LRK2015. Pada awalnya kami hendak membangunkan portal ini bagi memperkasakan lagi empayar Squad Hijrah di dalam alam maya. Hasil Musyawarah dan pandangan guru-guru kami. Cikgu Azme mencadangkan kepada kami agar menyertai pertandingan yang berprestij ini. Setelah berfikir sejenak kami mengambil cadangan itu sebagai satu cabaran kerana kami tidak menganggap pertandingan ini bukan suatu yang enteng kerana pertandingan ini melibatkan semua pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia seperti yang diuar-uarkan. 



Tema 'Inovasi Jalur Lebar Gaya Hidup Digital Malaysia' menjadi taruhan. Kami nekad membuat sehabis baik bagi membangunkan portal ini. Mutakhir ini, dapat kita lihat inovasi jalur lebar kian berkembang ,gaya hidup digital Malaysia semakin maju. Namun demikian, kekangan negatif juga timbul melalui jalur lebar yang menjadi gaya hidup digital Malaysia menyebabkan kita kebejatan moral. Rentetan itu, kami membangunkan portal ini sebagai wadah yang membina duniawi dan ukhrawi anda bagi membawa anda ke arah tahap gaya hidup digital yang baharu.Insya-Allah.

Mengenai kami, kami sedang menuntut ilmu di SMK Bandar Tasik Puteri,Rawang Selangor. Guru yang membimbing kami adalah Puan Yuhaida binti Yusof. Beliau perintis Squad Hijrah the main idea. Seperti syarat pertandingan kami terdiri daripada 4 orang dalam satu kumpulan. Kebetulan kami berempat memegang jawatan sebagai AJK Promosi dan AJK Media Sosial. Berteraskan konsep KLIK DENGAN HIKMAH!. Kami:-

Muhammad Muzzammil


Wan Muhammad ZulAzhan


Izz Fahman





 Amirul Affan








Ini adalah video promosi kami yang memakan masa selama tiga minggu menunjukkan kami komited untuk #LRK2015. Inspirasi oleh TH Filem. saksikan video TH Filem Di Youtube.Enjoy~ video kami KLIK DENGAN HIKMAH!





Akhir Kalam, doakan kejayaan kami Dunia dan Akhirat.

Sunday, 17 May 2015

Dosa dan Pahala

No comments:

Dosa Dan Pahala


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda yang mengikuti gerakan Squad Hijrah ini. Apa Khabar, Sihat?   




Jom Cerita tentang Dosa dan Pahala




Tuan-tuan, Puan-puan dan sahabat-sahabat sekalian. Hidup kita adalah untuk MATI kita kerana dosa dan pahala akan dihitung di atas muka Bumi ini. Tetapi Masyarakat sering kali alpa bahawa hidup ini adalah ujian untuk kita semua, tidak kira sama ada anda muslim ataupun tidak. Anda sedang diuji, anda sedang dihitung amalan dosa dan pahala oleh malaikat yang sedang berada di sisi kanan dan sisi kiri anda. Malaikat ini tidak terlepas satu pun perbuatan anda, tidak kira perbuatan di hati, kata-kata ataupun tubuh badan, semuanya dicatit tanpa satu pun tercicir.

Dua hari lepas saya (Zul Azhan) pergi ke kedai runcit taukenya India. Setibanya saya di sana tauke itu sedang berperang mulut dengan salah seorang pelanggannya iaitu orang Cina. Saya tidak pasti apa yang mereka bahaskan, akan tetapi saya tertarik kata-kata dari orang Cina itu 'Haiyaa....lu pikir saya ada tipu ka? , Saya takut tuhan lo' sambil menunjukkan jari telunjuknya ke atas. Hal ini menunjukkan, bukan muslim juga turut percaya akan Dosa dan Pahala, anda?

Pengertian Dosa dan Pahala   Ini adalah konsep dosa dan pahala yang betul setelah kami melihat semula kitab yang telah kami pelajari iaitu Pendidikan Syariah Islamiyah.

Berkaitan dengan Pahala pasti kita akan terdetik di hati masyarakat kita bila nak rasa kenikmatan Pahala itu? Pahala itu sebenarnya kita sudah dapat rasa kenikmatanya di dunia lagi.Contoh, Masyarakat menghormati /menyayangi kita, setiap perbuatan kita dipermudahkan dan kenikmatan kesihatan yang telah diberikan. Bukankah itu hasil kenikmatan hasil Pahala anda?



Kata Mutiara dari Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat


Tuhan Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, sedarkah anda tentang kiraan dosa dan pahala kita? Jom klik dengan Hikmah video ini.


Video di bawah adalah salah satu latihan salah seorang ahli Squad Hijrah diperakui memang ada sedikit kesilapan dari segi penyampaian iaitu sewaktu dia meyampaikan contoh dosa kecil , akan tetapi isi yang penting  hendak diceritakan ialah:-

1.Pengertian Dosa dan Pahala(Pendidikan Islam)
2.Dosa Besar dan Dosa Kecil (Pendidikan Islam)
3.Pengiraan Dosa dan Pahala






Pengiraan Dosa dan Pahala

Dosa

Sudah Niat hendak membuat dosa - 0

Sudah membuat dosa-1

Sudah Niat hendak membuat dosa tetapi tidak melakukannya - 0 + 1(Pahala)

Pahala

Sudah Niat hendak membuat pahala - 1

Sudah membuat Pahala - 10 (paling kurang) *contoh satu huruf ayat Al-Quran 10 ganjaran pahala.





Jadi bagaimana neraca kita di akhirat kita boleh berat di sebelah dosa kita?

Jawapannya ada pada anda, Tuhan tidak Zalim.

Ayuh kita terus menerus melakukan Pahala. Berbuat baik berpada-pada buat jahat jangan sesekali.Sekian.

Dah tahu maksud Al-Fatihah?

No comments:
Apa Maksud Al-Fatihah?



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda yang baru mengenali blog squadhijrah.com ini. Selamat datang! ke squadhijrah.com kehadiran anda amat di alu-alukan. Macam mana okay tak blog ini? kalau okay dan memberi manfaat kepada anda jangan lupa menyampaikan kepada rakan-rakan anda yang lain. Semoga semua memperoleh manfaat melalui blog ini.

Pada hari ini Squad Hijrah ingin dan sangat teringin Masyarakat kita khususnya yang beragama  Islam menghafal atau mengetahui  maksud/erti Al-Fatihah yang kita duk membacanya ketika berada di dalam solat 5 kali sehari semalam.Yang tak berapa penuh 5 kali sehari semalam tu jangan lupa Qada' lah ye....





Masjid Ubudiah


Jadi apa kelebihan kita memahami Erti Al-Fatihah :-

  1. Percayalah Kehidupan anda akan menjadi TENANG
  2. Solat anda akan menjadi Insya- Allah lebih khusyuk
  3. Anda akan merasai dicintai dan dikasihani .
  4. Jiwa yang selama ini bercelaru terasa Damai semula.
  5. Satu Doa yang akan memberi Motivasi kepada anda.     









Klik Dengan Hikmah gambar di bawah untuk mendengar lagu 'Erti Al-Fatihah'


Sunday, 3 May 2015

 
back to top