Saturday, 28 February 2015

Soalan 1 (Hadis)

2 comments:
.
BELAJAR ILMU AGAMA MELALUI LAMAN SOSIAL,BOLEH KE?

Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikum dan selamat sejahtera kami ucapkan.Masyarakat sering bertanya tentang adakah boleh mempelajari ilmu agama melalui laman sosial? Bukankah blog Squad Hijrah ini salah satu laman sosial? Adakah kami berdosa menyampaikan hukum-hukum Tuhan? Sejujurnya kami tidak layak untuk menjawab kesemua soalan-soalan  yang diajukan kepada kami kerana kami tidak mempunyai kelayakan atau lepasan pondok, tetapi tak bermakna kami tidak boleh membantu...kan?

                                      
Anda memberi soalan , kami merungkai soalan

Di bawah kami membantu anda, dengan jawapan orang yang lebih arif...

JAWAPAN:



Video Jawapan Anda

Permulaan Dakwah Kita Bersama




Bismillah. Menuntut ilmu boleh dengan apa saja cara; membaca dari buku, mengadap guru secara lansung atau bertanyakan ulamak. Namun pastikan sumber ilmu itu benar, agar ilmu yang diperolehi juga benar. Imam Ibnu Sirin pernah memesan; "Ilmu ini adalah agama, maka perhatikanlah dari siapa kamu mengambil agama kamu" (Soheh Muslim, mukadimahnya). Oleh itu, sebelum membaca buku, pastikan siapa penulisnya, dan sebelum merujuk ke laman sosial, pastikan siapa pengendalinya. Wallahu a'lam.



Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ

وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ

وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

Dan tidaklah sekelompok orang berkumpul di dalam satu rumah di antara rumah-rumah Allah; mereka membaca Kitab Allah dan saling belajar diantara mereka, kecuali ketenangan turun kepada mereka, rahmat meliputi mereka, malaikat mengelilingi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan (para malaikat) di hadapanNya.” [HR Muslim, no. 2699; Abu Dawud, no. 3643; Tirmidzi, no. 2646; Ibnu Majah, no. 225; dan lainnya].

Paling afdhal adalah belajar berguru. Kita boleh bertanya terus kepada guru jika ada kemuskilan. Anggaplah belajar melalui sosial media adalah tambahan. Samalah dalam kelas. Kita belajar dengan cikgu tetapi pada masa yang sama kita menggunakan buku-buku rujukan. Sosial media berfungsi sama seperti buku rujukan. Tiada yang dapat menggantikan tempat guru.


Belajar lah ilmu agama mahupun ilmu duniawi selagi mampu dan sewajarnyakita mempelajari ilmu dengan guru kerana guru sahajalah yang nampak kelemahan anak muridnya.Wallahua’lam.

Lahirnya Squad Hijrah

No comments:
SEJARAH PENUBUHAN SQUAD HIJRAH



Sekembali dari cuti belajar Ijazah Sarjana di UPSI pada 2010, teacher Yuhaida telah memulakan halaqah Usrah. Bermula dari 20 pelajar perempuan dari tingkatan 5A1, 1KAA dan 3KAA. Usrah ini berterusan sehingga 2012. Di awal 2012 teacher sudah membayangkan pada 2013 teacher akan memulakan sebuah pergerakan yang akan menggembeling bekas-bekas pelajar juga. Pertemuaan dengan Khairil Afiq di luar rumah teacher (waktu itu dia T5), sudah teacher bayangkan kepadanya bahawa apabila dia dan rakan-rakannya sedang menunggu SPM tahun depan mereka akan teacher panggil untuk menggerakkan dakwah di SMK Bandar Tasik Puteri untuk melahirkan generasi muda yang akan berbakti kepada agama dan negara. Teacher juga sudah menyatakan bahawa gerakan itu bukan hanya untuk pelajar-pelajar SMKBTP tetapi juga juga masyarakat Bandar Tasik Puteri, negeri, negara hatta hingga ke peringkat antarabangsa. Before we begin, we must already vision how we end, how far we will go. Peringkat usrah secara peribadi dari 2010-2012 ibarat zaman Makiyyah dalam perjuangan Rasulullah s.a.w. Ianya adalah peringkat memantapkan aqidah - mengenal Allah, mengenal Rasulullah s.a.w, siapa kita, apa tujuan hidup kita dan ke mana kita akan pergi.




.jpg&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image/

Pada tarikh keramat 4 Januari 2013, satu perjumpaan telah diadakan di surau Al Hidayah, SMKBTP pada pukul 2.30 petang selepas solat Jumaat untuk membincangkan penubuhan pertubuhan tersebut. Ramai bekas-bekas pelajar yang telah dipanggil dan antara yang telah hadir ialah Muhamad Adhwa' Zulkifli, Khairil Afiq, Muhammad Afif Rosli, Syazwan Adib, Abdullah Qusaini, Afnan Che Danial dan beberapa bekas pelajar lagi (maaf pada nama yang teacher terlupa). Gandingan pelajar dan bekas pelajar adalah gandingan yang mantap. Mereka juga kemudiannya menjemput rakan-rakan mereka yang bukan pelajar SMKBTP untuk menyertai pertubuhan ini. Dengan tertubuhnya pertubuhan ini ianya seperti memasuki fasa kedua perjuangan Rasulullah iaitu fasa Madaniyyah apabila daulah Islamiyyah tertubuh di Madinah. Menyusuri jalan-jalan perjuangan Rasulullah adalah satu sunnah.
Barisan AJK pertama dilantik dari tingkatan 4 kerana Squad Hijrah mahu pelajar-pelajar T5 menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka. Kecemerlangan akademik adalah salah satu matlamat Squad Hijrah, disamping ianya akan menjadikan orang ramai yakin bahawa kerja-kerja dakwah sukarela bukanlah penghalang kejayaan akademik malahan pemangkinnya. Namun terima kasih kepada Ain Farhana yang sudi dan menawarkan diri menjadi setiausaha walaupun beliau dalam tingkatan 5. Keyakinan beliau akan keberkatan kerja dakwah ini sangat tinggi. Dalam SPM 2013 beliau muncul sebagai salah seorang pelajar straight A alhamdulillah.
Nama Squad Hijrah kemudiannya teacher yang berikan kerana hasil ilham yang Allah berikan. Banyak sekali pertolongan Allah dalam perjuangan ini. Pengetua, Pn Maimunah dan PK Pn Hjh Norseha sangat sukakan Squad Hijrah dan memberikan sepenuh sokongan. Hasil sokongan Pn Maimunah dan YDP PIBG En Zulkefli Mohamad. Program pertama, Jelajah Palestin dipelopori oleh bekas-bekas pelajar. Mereka bertungkus lumus, berjaga malam, menyiapkan banner dan bunting yang dibawa oleh ahli bermotor dalam Jelajah Palestin, satu kerjasama dengan pertubuhan antarabangsa Aqsa Syarif. Ini bermakna matlamat hingga ke peringkat antarabangsa telah dicapai dalam program pertama lagi. Aqsa Syarif menaja pamplet yang diedarkan ahli bermotor (lelaki) dan ahli Squad Hijrah perempuan (diedarkan dipasar-pasar malam) kepada penduduk Bandar Tasik Puteri. Apabila YDP PIBG melepaskan pasukan bermotor dia sangat tertarik dengan daya kepimpinan bekas-bekas pelajar yang dapat mengatur program dari A sampai Z tanpa campur tangan guru. Memang salah satu matlamat Squad Hijrah ialah untuk melahirkan pemimpin muda yang berupaya bergerak sendiri.
Program kedua pula, MencintaiMu MencintaiNya, yang dijalankan di Masjid Bandar Tasik Puteri, menyaksikan barisan kepimpinan Squad Hijrah dari tingkatan 5 hingga tingkatan 1 menjalankan program tanpa perlu pengawasan guru. Teacher, Ustazah Rabaah Smkbtp, Cikgu Alina Deraman dan cikgu Yati Rahim hanya memerhatikan sahaja. Walaupun Muhammad Adib Farhan sebagai salah seorang panelis dan Farhan Nazmi sebagai pengacara pada hari itu agak menggeletar mengendalikan program dengan penyertaan penduduk Bandar Tasik Puteri, namun alhamdulillah program itu berjalan dengan lancar dan menjadi penanda aras kepada kebolehan ahli Squad Hijrah dalam mengendalikan program. Selebihnya adalah sejarah.
Menjelang 2015 ahli-ahli Squad Hijrah sudah berupaya mengendalikan program dari peringkat pembentukan dan pengumpulan idea, perancangan, kertas kerja dan pengendalian program. Teacher hanya membantu dari segi surat rasmi dan memanjangkan kertas kerja kepada pentadbiran SMKBTP sahaja. Sesungguhnya anda semua sudah 'graduate'. Pengendalian usrah pun sudah dibuat oleh bekas pelajar dan barisan kepimpinan Squad Hijrah. Alhamdulillah. Syukur Allah.
Ahli-ahli Squad Hijrah juga sudah mula dipanggil oleh surau-surau dan masjid untuk membantu program-program mereka terutamanya program yang melibatkan remaja.
Ya Allah, tiada sedikit pun daya dan upaya kami melainkan apa yang diizinkan oleh Mu. Segala pujian hanya layak untukMu jua. Mudahkanlah kerja-kaerja dakwah kami untuk melahirkan barisan remajayang akan menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w.
 
back to top